Sunday, August 10, 2014

PERGAULAN BEBAS DI MEDIA SOSIAL RENDAHKAN MARUAH MUSLIMAH..






Dia bernama Ain (bukan nama sebenar) , wanita bertudung yang aktif menggunakan medis social, celik tentang hal ehwal semasa, ketagih bersosial dalam blog, Facebook, Twitter,Instagram dan sejenisnya. Dia memiliki ramai kawan tetapi masih belum berpunya lagi.

Ain ditakuti lelaki-lelaki yang mengenalinya. Bukan takut dengan ketegasan, kewibawaan atau perangai garangnya tetapi mereka takut dengan sikapnya yang agak berlebihan menyatakan perasaan kepada mana-mana lelaki yang diminati, ibarat perigi mencari timba! Sebut saja Amir nama salah seorang lelaki ini, dilayang dikenali menerusi Facebook dilamar bertubi-tubi. Bukan hanya Amir yang menjadi timba si Ain, zaki,Khalid, Anas dan beberapa teman teman mereka juga menerima lamaran itu hinggakan Ain tak kisah apakah mereka masih bujang,tunang orang atau bapa orang sekalipun?
Apatah lagi setelah Ain mula berjinak-jinka dengan agama bertambahlah minatnya kepada lelaki berkopiah, berjanggut, berserban dan berjubah serta pandai berceramah, pemikiran islamnya hebat dan status Facebooknya mantap.

Seorang demi seorang lelaki-lelaki itu dilamar dan mereka seperti sudah sepakat menjauhkan diri daripada Ain. Mereka menganggap Ain macam murahan,cinta dijaja ke sana-sini,menggoda  dibuat dengan status status tulisan, menekan butang like setiap status lelaki yang diminati,meletakkan gambar-gambar selfie yang dibuat-buat comel waima bertudung  dan menulis nasihat nasihat agama cuba menarik hati kawan kawan lelaki ini.
Tak seorang pun menerima lamaran Ain Mereka bahkan menganggap Ain kurang siuman kerana  berani melamar secara berterus terang melalui Facebook sehingga memalukan si lelaki
Begitu terdesakkajh Ain? Mengapa seorang perempuan boleh melakukan hal-hal yang memalukan jika jatuh cinta?
Betulkah sikap Ain ni disandarkan kepada sunah Rasulullah s.a.w? Bolehkah dijadikan dalil Khadijah melamar Rasulullah s.a.w sehingga Ain cuba mengeksploitasikan hukum ini untuk kepentingan diri waima dengan cara-cara yang terkeluar daripada akhlak Islam?
Kegilaan aplikasi media social kini sudah mula menguasai wanita-wanita bertudung, jangan hairan jika mereka lebih pintar ‘berkhalwat’ melalui kata-kata walaupun tidak berjumpa. Apakah ini akhlak islam, dimanakah batasan-batasan pergaulan?

Janganlah hina isteri Nabi dengan menyamakan cara pinangan terbuka lewat Facebook yang langsung tidak mengikuti syarak ini. Khadijah r.a dikenali kaumnya sebagai wanita yang suci, tinggi maruah dan terpelihara dari fitnah masyarakat ketika itu.

Beliau melamar Rasulullah dengan adab-adab yang mulia, dibantu oleh hamba sahayanya yang menjadi perantaraan. Tidak ditemui hadis-hadis yang menyatakan percintaan atau pertemuan secara langsung antara Khadijah dan Rasulullah s.a.w. Bagaimana boleh disamakan dengan wanita yang kurang malunya zaman sekarang, tidak segan lagi meratah profil setiap lelaki di laman social kemudian cuba menggoda mereka dengan pelbagai cara!!

Naudzibillah..

Duhai muslimah..
Hadirkanlah rasa malu mu...

Wallahu Allam..

NZ

Be a productive muslimah!