Dia bernama
Ain (bukan nama sebenar) , wanita bertudung yang aktif menggunakan medis
social, celik tentang hal ehwal semasa, ketagih bersosial dalam blog, Facebook,
Twitter,Instagram dan sejenisnya. Dia memiliki ramai kawan tetapi masih belum
berpunya lagi.
Ain ditakuti
lelaki-lelaki yang mengenalinya. Bukan takut dengan ketegasan, kewibawaan atau
perangai garangnya tetapi mereka takut dengan sikapnya yang agak berlebihan
menyatakan perasaan kepada mana-mana lelaki yang diminati, ibarat perigi
mencari timba! Sebut saja Amir nama salah seorang lelaki ini, dilayang dikenali
menerusi Facebook dilamar bertubi-tubi. Bukan hanya Amir yang menjadi timba si
Ain, zaki,Khalid, Anas dan beberapa teman teman mereka juga menerima lamaran
itu hinggakan Ain tak kisah apakah mereka masih bujang,tunang orang atau bapa
orang sekalipun?
Apatah lagi
setelah Ain mula berjinak-jinka dengan agama bertambahlah minatnya kepada
lelaki berkopiah, berjanggut, berserban dan berjubah serta pandai berceramah,
pemikiran islamnya hebat dan status Facebooknya mantap.
Seorang demi
seorang lelaki-lelaki itu dilamar dan mereka seperti sudah sepakat menjauhkan
diri daripada Ain. Mereka menganggap Ain macam murahan,cinta dijaja ke
sana-sini,menggoda dibuat dengan status
status tulisan, menekan butang like setiap status lelaki yang diminati,meletakkan
gambar-gambar selfie yang dibuat-buat comel waima bertudung dan menulis nasihat nasihat agama cuba
menarik hati kawan kawan lelaki ini.
Tak seorang
pun menerima lamaran Ain Mereka bahkan menganggap Ain kurang siuman kerana berani melamar secara berterus terang melalui
Facebook sehingga memalukan si lelaki
Begitu
terdesakkajh Ain? Mengapa seorang perempuan boleh melakukan hal-hal yang
memalukan jika jatuh cinta?
Betulkah
sikap Ain ni disandarkan kepada sunah Rasulullah s.a.w? Bolehkah dijadikan
dalil Khadijah melamar Rasulullah s.a.w sehingga Ain cuba mengeksploitasikan
hukum ini untuk kepentingan diri waima dengan cara-cara yang terkeluar daripada
akhlak Islam?
Kegilaan
aplikasi media social kini sudah mula menguasai wanita-wanita bertudung, jangan
hairan jika mereka lebih pintar ‘berkhalwat’ melalui kata-kata walaupun tidak
berjumpa. Apakah ini akhlak islam, dimanakah batasan-batasan pergaulan?
Janganlah
hina isteri Nabi dengan menyamakan cara pinangan terbuka lewat Facebook yang
langsung tidak mengikuti syarak ini. Khadijah r.a dikenali kaumnya sebagai
wanita yang suci, tinggi maruah dan terpelihara dari fitnah masyarakat ketika
itu.
Beliau
melamar Rasulullah dengan adab-adab yang mulia, dibantu oleh hamba sahayanya
yang menjadi perantaraan. Tidak ditemui hadis-hadis yang menyatakan percintaan
atau pertemuan secara langsung antara Khadijah dan Rasulullah s.a.w. Bagaimana
boleh disamakan dengan wanita yang kurang malunya zaman sekarang, tidak segan
lagi meratah profil setiap lelaki di laman social kemudian cuba menggoda mereka dengan pelbagai cara!!
Naudzibillah..
Duhai muslimah..
Hadirkanlah rasa malu mu...
Wallahu Allam..
NZ
No comments:
Post a Comment