“Ayah, Farid
rasa Farid nak kerja kat Shah Alam. Tadi Farid pergi interview dan Farid dapat
kerja kat kilang di Shah Alam” Farid tiba-tiba bersuara.
“Tak payah
nak sibukkan diri kau tu dengan berkerja… setakat kerja kat kilang tu berapalah
sangat gaji kau dapat? Aku tak setuju!”
“Ayah, nilah
peluang Farid.Ayah juga yang suruh Farid cari kerja. Bila Farid duduk je kat
rumah, ayah bising pula.BilaFarid dah dapat kerja ayah tak benarkan.Habis ayah
nak apa? “ dengan suara yang agak tinggi Farid membalas.
“Huh…!! Kau
ni pemalas, tahan ke kau kerja nanti? Buat apa kau nak kerja? Baik kau pergi
belajar.Tu ha kat rumah ada surat dari politeknik. Dah dua kali dah. Cuba kau
tengok kakak dan abang kau tu. Kerja mereka bagus. Sebab apa? Sebab mereka
belajar! Kalau setakat macam kau yang duk katrumah je, sape yang sudi bagi
kerja yang bagus??” Nada suara Haji Mihad agak tegas. Pak Salleh yang sedang
menebas rumput di bahagian kebunnya hanya mampu melihat kerenah mereka
anak-beranak.
“Huh! Tak
habis-habis ayah nak junjung anak kesayangan ayah tu. Malas ar Farid.Farid tak
kira, Farid nak kerja juga. Apa nak jadi, jadilah. Farid nak berdikari.”
“Berdikari
konon! Kalau kau nak sangat, pergilah..!berambus.. !! Nanti jangan kau harap
nak minta tolong dari aku!”
“Astaghfirullah….Mihad,dia
anak kau tu Mihad. Jangan terlalu ikut perasaan. Biarlah dia kerja. Elok juga
tu.”Pak Salleh menegur Haji Mihad.
Tiba-tiba
imbauanya pada masa lalu terputus dek suara teman sekerjanya,Halim yang begitu
lantang memanggilnya.
“Farid! Oi
Farid. Hang melengung ka apa tu? Tunggu bulan jatuh ka baru nak p gheja2?“
pelat sekali loghat Kedah si Halim menegur Farid. Halim merupakan anak jati
Kedah yang telah lama mengabdikan dirinya di Shah Alam.Dia juga merupakan kawan
yang paling rapat sekali dengan Farid.
“Eh, kamu ni
Lim. Terkejut saya. Tak dak pa ar. Letih sikit je. Jom.”Farid menjawab
sambil menepuk belakang Halim. Bagai isi dengan kuku, itulah yang dapat
disimpulkan mengenai hubungan mereka berdua. Susah senang mereka kongsi
bersama.
Mereka
menyambung semula kerja pembungkusan barang. Farid masih lagi terkenang
kata-kata ayahnya yang menyebabkan dia rasa kecewa dan mendorong Farid untuk
mencari pekerjaan.Termenung dia sejenak.Hanya itu yang mampu dilakukan.Jika
ditanya pada mana-mana insan yang bergelar anak adakah mereka merindui keluarga
mereka, sudah pasti jawapannya ‘Ya’.Begitulah juga perasaan Farid semenjak dia
menjejakkan kaki ke Shah Alam.Farid seperti pungguk merindukan bulan tatkala
mengingati ayahnya. Dalam hatinya hanya ada ayah. Walaupun Farid mempunyai
abang dan kakak,namun dia tidak pernah mesra dengan mereka. Hubungan mereka
adik-beradik sangat dingin. Ditambahkan lagi dengan sifat abang dan kakaknya
yang begitu sombong atas kejayaan mereka. Sampai sekarang Farid masih tertanya-tanya
kenapa ayahnya begitu menyanjung tinggi abang dan kakaknya.
‘Ayah lebih
suka anak yang ada harta ke?’ detak hatinya. Pelbagai soalan menujah
fikirannya.Namun hanya dapat ditanya kepada diri sendiri.
“Adei..! awat
ngan hang ni Farid? Ada masalah ka? Selalu sangat hang melengung.” Halim
menegur Farid yang kelihatan begitu muram pada pagi itu.
“Tak dak pa
la Lim. Saya okay je.”
“Muka macam
kena tinggal bini hang kata ok? Ishh…. Sat gi hujan la kalau hang terus macam
ni. Saya tengok pun hari dah mendung ni.” Halim berseloroh. Farid hanya mampu
tersenyum dan menyambung kerjanya semula.
“Ambo
tak pahe la dengan teman kito yang sore ni” Nazir tiba-tiba bersuara dengan
pelat Kelantannya. Nazir hanya mampu menggelengkan kepalanya pabila melihat
Farid yang suka termenung sejak akhir-akhir ini. Nasib Nazir juga sama
dengan Farid yang tidak mempunyai ibu cuma Nazir mempunyai keluarga yang amat
memahaminya. Nazir merupakan pekerja yang paling lama berkerja di situ.Anak
kelahiran Rantau Panjang ini mempunyai sifat yang amat menyenangkan hati
sesiapa sahaja yang berkawan dengannya. Jadi tidak hairanlah jika dia mempunyai
ramai kawan di tempat tersebut.
******************
Petang itu
angin sepoi-sepoi bahasa menampar seraut wajah yang jernih yang sedang menatap
keindahan alam semesta. Fikiran Farid masih lagi menerawang jauh.
“Ayah, kenapa
ayah tak suka Farid?Apa salah Farid di mata ayah?” tanpa disedari kata-kata
tersebut terkeluar dari mulut Farid. Pandangan Farid tiba-tiba tertumpu kearah
satu sudut dimana dia terlihat sepasang suami isteri yang sedang bergurau senda
bersama anaknya di taman permainan yang berdekatan dengan laman rumah
sewanya. Penghijrahan Farid ke Shah Alam banyak merubah hidupnya. Farid berjaya
menunaikan hasrat hatinya untuk berdikari tanpa mengharapkan ayahnya. Namun
hatinya masih dibayangi dengan rasa bersalah. Dia hanya mampu memohon ampun
kepada Ilahi agar dimaafkan segala dosanya selama ini. Doa tidak pernah
terputus dari bibirnya agar hati ayahnya terbuka untuk menerimanya seadanya.
Penghijrahannya kali ini benar-benar telah merubah sikapnya yang dulunya sangat
nakal menjadi seorang yang lebih matang dan pandai berfikir.
“Farid!
Hoi…kau ni tak de kerja lain ke?” Tiba-tiba suara Haji Mihad menujah ke
telinga Farid yang sedang leka memetik gitar. Farid terkejut mendengar suara
ayahnya yang begitu garang.Farid langsung tidak mempedulikan kehadiran ayahnya
yang sudah berada dihadapannya.Dia masih juga mengalunkan lagu ‘Selagi Ada
Rindu’ dengan gitar barunya di ruang tamu. Haji Mihad semakin marah. Ibarat
harimau yang hanya menunggu untuk menerkam mangsanya.
“FARID!!!”
Muka
Haji Mihad merah padam menahan api kemarahannya. Kelihatan haji Mihad bercekak
pinggang menandakan dia benar-benar marah terhadap Farid.
“Ape???”
dengan selambanya Farid menjawab dan berhenti memetik gitar di atas sofa. Gitar
segera diletakkan di atas meja yang berada di hadapannya. Suasana ruang tamu
menjadi suram.Perhiasan yang begitu cantik sekali pun sudah tidak mampu
menyerikan ruang tersebut. Bunga matahari yang berada disudut kiri sofa
tersebut kelihatan seperti tiada serinya dengan keadaan Farid dan ayahnya Haji
Mihad sekarang. Suasana yang begitu tegang mula memenuhi ruang tamu.
“Tak ade ke
kerja yang lebih berfaedah kau nak buat? Ke hulu ke hilir dengan gitar kau tu. Kau
ingat duit akan datang ke dengan main benda yang tak berfaedah ni? Apasal kau
degil sangat? Disuruh belajar kau tak nak! Kerja pun kau tak nak! Habis kau nak
jadi apa hah!!??” Lantang sekali suara Haji Mihad menegur anaknya.
“Argghh! Ayah
tak habis-habis nak suruh Farid sekolahlah,kerja la. Farid tahu la nak buat apa
nanti ayah. Sekarang ni Farid nak berseronok. Baru je 4 bulan Farid dapat
keputusan Spm.”
“Menjawab
lagi. Setiap kali aku bagi nasihat je kau menjawab. Cuba kau bagitau kat aku,
kau nak jadi apa?? Kau tengok abang dan kakak kau tu. Ada mereka macam kau? Kau
ni ape?? Menyusahkan orang ade ar.”
“Sudahlah!!
Farid malas nak dengar. Sikit-sikit abang. Sikit-sikit kakak!! Tapi mereka
pernah ke jenguk ayah kat sini bila mereka cuti??? Huh!!” Farid terus mengambil
gitarnya dan berlalu pergi tanpa menghiraukan ayahnya. Hati Farid berasa sakit
setiap kali ayahnya membandingkan dia dengan abang dan kakaknya.
“Hah! Tengok
tu. Bila marah je keluar.Dah pandai melawan dah sekarang. Mereka tu sibuk sebab
tu tak dapat balik sini. Sekurang-kurangnya mereka ada kerja yang bagus. Tak
macam kau.“ Haji Mihad sengaja meninggikan suaranya dari rumah agar Farid
mendengar apa yang dikatakannya. Farid sudah jauh meninggalkan halaman rumah
bersama-sama dengan gitarnya. Haji Mihad mendengus. Marahnya semakin membara
pabila Farid langsung tidak mendengar katanya.
“Allahu
Akbar..Allahu Akbar….”
Lamunan farid
terhenti.Azan bergema menandakan masuk waktu Asar.
“Astaghfirullah
al-azhim. Ya Allah. Jauh sekali saya termenung sampai tak perasan dah
Asar.”Farid segera mengambil wuduk dan menunaikan solat Asar. Rumahnya sunyi
kerana ketiadaan kawannya. Setiap hari Khamis mereka selalunya akan balik
ke kampung masing-masing. Hanya Farid seorang yang tidak balik ke kampung. Kadang-kadang
dia pernah terfikir untuk menjenguk ayahnya di Johor. Namun dia masih belum
bersedia.
Seusainya dia
bersolat tiba-tiba lagu nyasid yang popular dinyanyikan oleh kumpulan In Team
yang bertajuk ‘Kepastian’ menjerit-jerit menandakan ada panggilan masuk ke
telefon jenama Nokia N9. Farid melihat nama yang tertera di skrin
telefonnya dan mengeluh.
“Hmmm.. Apa
mimpi pula akak nak call ni?” Farid bermonolog kepada dirinya sendiri.
“Assalamualaikum
kak.” Farid memberi salam.
“Tak payah
nak tunjuk baik lah. Akak telefon Farid ni pun terpaksa. Akak nak bagitau kat
Farid ,ayah sakit kat kampung tu. Tadi Pak Salleh call cakap yang ayah terpijak
paku. Jadi akak nak Farid pergi balik kampung jaga ayah.” Dengan suara yang
kasar Wanie menjawab.
“Astaghfirullah….
Kenapa pula boleh jadi macam tu kak? Emmm… Farid tengok lah nanti. Kalau Farid
dapat balik, Farid balik. Tapi bukan untuk jaga. Jenguk je. Sebab Farid keje.
Takkan akak tak boleh pergi? Abang kan ada? Kenapa tak suruh abang? Abang
dan akak kan anak kesayangan ayah..”
“Kau ni keje
kilang je. Mana da sibuk sangat! Baik kau berhenti je keje. Balik kampung jaga
ayah.Aku dan abang kau sibuk. Banyak keje. Klien ada sana sini. Setakat
gaji kau kat kilang tu,dua kali ganda aku boleh bayar. Sudah jangan banyak
cakap. Keputusan akak muktamad!! Bye..”
Talian terus
diputuskan.Syazwanie tersenyum puas. Walaupaun usianya sudah menjangkau 35
tahun namun raut wajahnya masih lagi seperti gadis yang berusia 20 an. Senyuman
yang terukir dibibir mampu mencairkan mana-mana lelaki yang melihatnya. Tetapi
Syazwanie merupakan seorang wanita yang berkerjaya. Dia langsung tidak
memikirkan tentang perkahwinan. Baginya komitmennya terhadap kerja adalah lebih
penting. Disebabkan itulah sampai kini dia masih lagi tidak mendirikan rumah
tangga. Berbeza pula dengan sikap abangnya Mohd Raffi atau lebih dikenali
sebagai Raffi. Mohd Raffi sudah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun. Umurnya
kini jua sudah mencecah 40 tahun. Adriani seorang pengusaha salun
kecantikan merupakan isteri kepada Mohd Raffi. Masing-masing mempunyai
kerjaya sendiri dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Elisa.
“Huh!
Harapkan pagar,pagar makan ayah!” Tiba-tiba Farid bersuara setelah kakaknya
terus mematikan talian. Farid memicit-micit dahinya kerana pening memikirkan
masalahnya.
Keesokan
harinya seperti biasa Farid menunggang motosikal Lc 135 nya untuk pergi ke
tempat kerjanya. Kelihatan Halim dan Nazir sedang berbual rancak di
bahagian parkir motorsikal.Farid menghampiri mereka.
“Assalamualaikum
uztaz Farid.” Halim tersengih-sengih melihat Farid yang baru sampai sambil
menghulurkan tangannya untuk berjabat dan terus disambut Farid.
“Waalaikumussalam.
Eh,uztaz pulak dia nih. “
“Betui ar.
Hang kan ustaz yang terkenai13 kat kilang ni..hahahahaha.
Tu ha,cik Nadia pon dah tergoda ngan hang tuh. Betuah dapat anak soleh macam
hang.” Halim ketawa sepuas-puasnya kerana dapat mengusik rakannya.
“Dei,napa mu
kecek gitu. Tak baik. Nanti ustaz kito merajok.”Nazir tiba-tiba menyampuk dan
gelak bersama dengan Halim.
“Cis,mamat
berdua ni. Kang saya bagi buku lima baru tahu. Lebam biji mata.”Farid
menunjukkan buku limanya dan berpura-pura seperti ingin menumbuk Halim dan
Nazir.
“Amboi,tu
dia, ustaz kita dah marah tu.” Halim masih lagi mengusik Farid.
“Laa….mu ni
Farid,kita gurau je. Tak buleh ko?” jawab Nazir.
“Saya bukan
marah ar, cuma tak suka korang panggil saya ustaz. Malu ar..” farid memberi
senyuman kepada kawannya. Tersipu-sipu malu lagaknya.
“Oooo…malu…hahahahahaha”
Halim ketawa terbahak-bahak. Nazir pula hanya mampu tersengih-sengih seperti
kerang busuk.
“Ish..hangpa
berdua ni…tak support kawan langsung..” terkeluar pelat Kedah dari mulut Farid.
Kadang-kadang Farid terikut-ikut pelat Halim dan Nazir.
“Eh? Pasai pa
tiba-tiba monyok muka tu? Uii…macam belacan. Ada masalah ka Farid?” Halim yang
perasan akan perubahan wajah Farid bertanya.
“Saya tak tau
la Lim. Semalam akak saya call. Dia cakap ayah sakit. Terpijak paku. Akak suruh
saya berhenti kerja jaga ayah kat kampung. “
“Habis tu?”
“Lim,kamu
bukan tak tau hubungan saya dengan ayah saya macam mana. Saya belum bersedia
nak berdepan dengan dia. Semua yang saya buat jadi tak kene di mata dia.”
“Farid,mu
kena ingat…sebaik-baik amalan adalah dengan berbakti kepada kedua ibu bapa
kita. Mu tu patut bersyukur sebab masih ada ayah. Ni encik Halim kito yang sore
ni, ibu tak dop, ayoh pun tak dop. Kita berduo ni bertuah tau sebab
masing-masing masih ado ayah.” Nazir yang diam seribu bahasa dari tadi mencelah
sambil menepuk belakang Halim menunjukkan dia simpati akan nasib Halim. Farid
terangguk-angguk. Hatinya sedikit demi sedikit mula terbuka. Sedang dia berbual
dengan kawannya,Farid tiba-tiba rasa pening kepala. Semuanya menjadi tidak
jelas. Berputar-putar ibarat putaran puting beliung.
“Eh,Farid…mu
okay ka dak ni? Nak kami bawok pi klinik ka?” Nazir memaut bahu Farid yang
hampir-hampir rebah. Namun Farid memaksa dirinya untuk berdiri.
“Saya okay.
Tak pa.”
**********
“Allah……,
sakit pula kaki ni. Esok aku kene pergi Tabung Haji pula nak daftar. Macam mana
nak pergi kalau macam ni?” Haji Mihad merungut. Tahun ini Haji Mihad behajat
untuk pergi mengerjakan umrah memandangkan rezekinya mengizinkannya. Tahun ini
merupakan tahun kedua Haji Mihad mengerjakn umrah. Rindu untuk melihat kaabah
membuatkannya mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi.
“Assalamualaikum
ayah…”
Tiba-tiba
kedengaran suara seorang anak muda memberi salam dari luar rumah. Haji Mihad
menjadi tertanya-tanya.
‘Eh? Siapa
punya suara tu? Siap panggil ayah lagi. Raffi ke? Tapi Raffi kata tak dapat
balik semalam.’ Getus Haji Mihad. Fikirannya sekarang penuh dengan tanda tanya.
Haji Mihad dengan bersusah payahnya bangun dan berjalan menuju kearah pintu
rumahnya. seraut wajah yang bersih kelihatan muncul di muka pintunya.
Haji Mihad masih tertanya-tanya.
‘Macam pernah
lihat. Tapi siapa?’ detak hatinya.
“Ayah, Farid
ni. Anak ayah. Ayah apa khabar?” Farid segera memadamkan persoalan dalam
fikiran Haji Mihad.
“Farid?? Ooo…
tahu pula kau balik. Dah bertahun-tahun tak balik,tahu pula jalan balik rumah.”
Haji Mihad terus masuk kedalam rumah tanpa mempedulikan anaknya Farid. Langsung
tiada senyuman terukir dibibir Haji Mihad. Farid tergamam.
‘Ya
Allah,kuatkan hati hamba’ Farid berdoa di dalam hati. Keputusannya untuk
berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya adalah satu
keputusan yang terbaik baginya. Farid terus masuk ke biliknya dan menyimpan
pakaiannya ke dalam almari. Seusainya dia menyimpan semua barangnya, dia
berehat di ruang tamu. Farid merenung sejenak keadaan rumah yang telah
ditinggalkannya selama 10 tahun lamanya. Banyak perubahan. Terlalu jauh berbeza
dari yang dulu. Semuanya telah diubah dengan terperinci. Setiap sudut
rumah tersebut di perhatikannya.
“ Ehem..!!”
Haji Mihad tiba-tiba muncul didepan muka pintu biliknya. Lamunan Farid
terhenti.
“Kau balik ni
nak apa? Apa mimpi kau balik? Sebelum ni tak pernah pun kau jejak kaki kau kat
sini selepas kau kerja kat Shah Alam tu.” Haji Mihad bertanya.
“ Emm….Farid
saje nak balik. Farid nak duduk rumah untuk jangka masa yang lama..” Farid
menyembunyikan niat yang sebenar. Dia tidak mahu ayahnya menyuruhnya kembali
berkerja sekiranya dia menyatakan niatnya yang sebenar.
1 bulan telah
berlalu.
“Maaf pak
cik. Wang dalam akaun pak cik tak cukup untuk umrah. Dalam akaun pak cik
sekarang hanya ada Rm 6000 sahaja,tapi pakej yang pak cik minta tu
Rm10000. Pak Cik Cuma perlu tambah Rm 4000 sahaja lagi.” Dengan penuh
budi bahasa Cik Maisarah menerangkan kepada Haji Mihad. Haji Mihad hanya mampu
menanggukan kepalanya dan tersenyum hambar.
‘Nampaknya
aku kene tambah Rm 4000 je lagi. Tapi macam mana aku nak dapat dalam masa yang
singkat.’ Detak hatinya. Haji Mihad terus pulang ke Johor dengan menaiki teksi.
Sesampainya dirumah pada jam 2 petang, Haji Mihad terus melabuhkan punggungnya
di atas sofa.
“Allah….,
lenguh betul pandu jauh sangat ni. “
“Macam mana
ayah? Jadi tak pergi tahun ni?” Suara Farid tiba-tiba kedengaran dari arah
dapur.
“Mestilah
jadi. Kenapa? Kau tak suka aku pergi?” sikap Haji Mihad masih lagi dingin
terhadap Farid. Farid tersenyum. Pengubat hati kononya.
“Ayah, mana
ada macam tu. Mana tahu ayah kekurangan wang,boleh Farid bantu.”
“Bantu? Kau
tu tak keje, nak bantu macam mana? dengan habuk?”
“Duit
simpanan Farid ada yah. Kalau ayah kekurangan wang,Farid boleh tolong.”
“Huh! Kalau
aku kekurangan wang sekalipun aku takkan ambik duit kau..!” Haji Mihad mengatur
langkah menuju ke arah dapur meneguk segelas air untuk menghilangkan dahaga dan
panas di hatinya. Farid dibiarkannya terpinga-pinga.
‘Jadi betul
lah ayah kekurangan duit? Hmm…’ Farid bermonolog sendirian. Farid tersenyum
lagi. Senyuman yang penuh bermakna. Haji Mihad pula bercadang untuk meminta
tolong Mohd Raffi dan Syazwanie untuk menambah wang di dalam akaunnya. Haji
Mihad segera menelefon Mohd Raffi.
“Assalamualaikum
yah. Ada apa yah?” Mohd Raffi dihujung talian bertanya.
“Waalaikumussalam.
Em..begini sebenarnya Fi,ayah nak minta tolong sikit. Duit dalam akaun ayah ada
Rm 6000 je,tapi pakej haji yang ayah minta tu Rm 10,000. Jadi ayah perlu tambah
Rm 4000 je lagi. Emm…mungkin Fi boleh,ayah nak Fi tambah Rm 2000 dalam akaun
ayah. Jangan risau ayah akan ganti balik.”
“Rm 2000?
Emm..ayah,Fi bukannya tak nak tolong masalahnya bulan ni Fi dan Adriani nak
beli rumah baru. Jadi kami kena berjimat ar. Maaflah ayah.”
“Oooh..yeke?
tak pelah Fi kalau tak dapat.” Ganggang terus diletakkan. Haji Mihad sedikit
kecewa. Namun dia tidak berputus asa. Sekali lagi jari telunjuknya mendail
nombor. Kali ini Haji Mihad mencuba nasib terhadap anak perempuannya,Wanie.
Namun jawapan tetap sama,cuma alasannya yang berbeza. Syazwanie tidak dapat
membantu ayahnya disebabkan gajinya banyak dihabiskan untuk membayar kereta
baru. Farid yang kebetulan lalu di luar bilik ayahnya terdengar perbualan
Haji Mihad. Walaupun tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh Mohd
Raffi dan Syazwanie,namun Farid dapat mengagak jawapan yang diberikan melalui
riak suara Haji Mihad yang kedengaran hampa.
Farid terus
keluar rumah dan pergi menunggang motorsikalnya ke tebing sungai yang
berdekatan dengan kebun ayahnya. Sebuah bangku tersedia untuk di dudukinya.
Tempat tersebut merupakan rumah kedua bagi Farid kiranya dia dalam kesedihan.
Fikiran Farid menerawang jauh sambil merenung sungai yang langsung tidak
berkocak. Sungguh tenang air sungai itu. Tetapi tidak setenang fikiran Farid.
Dia tiba-tiba teringat akan kata-kata doktor sebulan yang lalu.
“Encik
menghidap kanser otak. Diharap encik banyak bersabar. Kami akan beri encik ubat
penahan untuk sementara. Sekadar menahan kesakitan. Encik haris menjalani
pembedahan dengan segera agar kanser tersebut tidak merebak pada bila-bila
masa.” Saat itu farid terkejut mendengar akan penyakit yang sedang dihidapinya.
Dia lebih rela tidak pergi ke hospital seandainya dia tahu inilah keputusannya.
Namun disebabkan Farid hampir pengsan dan kepalanya seperti berputar-putar
ketika di kebun ayahnya dulu menyebabkan dia ingin tahu sebabnya.
“Assalamualaikum
Farid.” Pak Salleh yang sudah lama menyapanya dari tadi menepuk bahu Farid
disebabkan Farid langsung tidak menyedari kehadirannya. Lamunan Farid menjadi
kabur. Semuanya berkecai ibarat kaca yang dilepaskan ke lantai. Farid menoleh
ke belakang. Sekali lagi seraut wajah yang menyimpan pelbagai rahsia tersenyum
hambar.
“Waalaikumussalam
Pak Salleh. Minta maaf. Farid tak perasan pun pak cik ada tadi.”
“Jauh
termenung. Ada masalah ke Farid? Cuba cerita kat pak cik. Insya Allah pak cik
tolong jika pak cik mampu.” Pak Salleh sekali lagi menepuk lembut bahu kiri
Farid. Farid tanpa keberatan menceritaka segala-galanya kepada Pak Salleh dan
meminta Pak Salleh merahsiakannya sehinggalah dia menghembuskan nafas yang
terakhir. Pak Salleh dengan berat hatinya terpaksa menyimpan rahsia tersebut
demi menjaga hati Farid. Dihatinya hanya mampu berdoa agar Allah merahmati anak
sebaik Farid.
1 minggu
berlalu.
“Pak cik,
siapa kata wang pak cik tak cukup? Seminggu yang lepas anak pak cik telah
masukkan Rm 4000 kedalam akaun pak cik. Jadi pak cik tak perlu tunda pemergian
pak cik ke tahun hadapan.” Cik Maisarah pekerja di bahagian pengurusan
pengambilan jemaah haji sekali lagi bertemu dengan Haji Mihad.
“Maksud cik,
saya dah boleh isi borang la ye?” Haji Mihad yang begitu teruja akan kata-kata
cik Maisarah tersenyum riang. Semangatnya tiba-tiba datang. Cik maisarah
menganggukan kepalanya sambil tersenyum lebar.
“Ni mesti
Raffi ataupun Wanie yang tolong aku ni. Alhamdulillah ya Allah…bertuah aku ada
anak macam mereka.” Haji Mihad mengucapkan syukur.
“Alhamdulillah.
Bertuah pak cik ada anak yang sanggup keluarkan wang beribu-ribu untuk ayah
mereka. Jarang ada anak macam tu sekarang ni. Tahniah pak cik. Bulan depan pak
cik boleh pergi kerjakan umrah.” Cik Maisarah yang mendengar kata-kata Haji
Mihad turut bersyukur. Seusainya Haji Mihad mengisi borang pendaftaran dia
terus pulang dengan hati yang riang. Setibanya di rumah dia terus naik
kerumahnya. Namun dia berasa pelik kerana pintu rumahnya dibiarkan terbuka. Dia
memanggil-manggil nama Farid, tetapi tiada jawapan.
“Buang tebiat
ke budak ni? Pintu dibiarkan je terbuka. Keluar melepak lagi la tu.” Rungut
Haji Mihad. Sedang Haji Mihad berjalan ke arah biliknya,pintu bilik Farid yang
berada di hadapan biliknya kelihatan terbuka. Haji Mihad mendekati bilik
anaknya dan terkejut saat dia melihat sekujur tubuh yang kaku terlentang di
lantai.
“ Ya
Allah….!! FARIDDD!!” Haji Mihad terus memangku anaknya keatas ribanya. Haji
Mihad terpandang ubat yang dipegang oleh Farid di tangan sebelah kirinya dan
terus mengambil ubat tersebut. Hati Haji Mihad pada masa itu benar-benar sedih.
Raffi dan Wanie segera dihubungi. Setelah beberapa minit,rumah Haji Mihad
semakin dipenuhi dengan ramai orang. Penduduk kampung berkerjasama untuk
mengebumikan jenazah anaknya seusainya solat zohor. Pada malamnya doa tahlil di
adakan. Seusainya doa tahlil Haji Mihad duduk diluar rumah. Termenung. Pak
Salleh datang menyusurinya.
“Mihad,kau
kena banyak bersabar. Ni semua dugaanNYA. Emm…Farid tu budak baik Mihad. Kau je
yang rabun selama ni. Kau tak buka pun mata kau untuk lihat kebaikannya.” Pak
Salleh mula menyusun ayat untuk memberitahu perkara sebenar.,walaupun Farid
sudah memintanya untuk merahsikan perkara tersebut sampai bila-bila.
“Apa maksud
kau Salleh?” Haji Mihad yang kebingungngan tertanya-tanya. Pak Salleh
memberikan senyuman kepada Haji Mihad.
“Sebelum tu
aku nak minta maaf sebab aku rahsiakn hal ni dari kau selama ni. Itu pun disebabkan
Farid.” Pak Salleh terdiam sejenak sambil menghembuskan nafas yang agak berat.
Haji Mihad pula tertunggu-tunggu untuk mengetahuinya.
“Mihad,kau
tahu tak kenapa kau dapat pergi umrah tahun ni? Sebab Farid, Mihad. Farid jual
motor dia dan keluarkan semua wang simpanan dia untuk kau. Dia terdengar
perbualan kau masa kau telefon Raffi dan Wanie seminggu yang lalu. Sebenarnya
duit simpanan tu dia nak guna untuk pembedahan otaknya. Tapi bila dia tahu kau
perlukan wang untuk pergi umrah,dia tukar niatnya. Doktor telah mendapati yang
dia menghidapi kanser otak dan perlu pembedahan segera. Dan sekarang ajal dia
dah sampai Mihad. Kau tahu tak kenapa dia pulang kat kampung sebulan yang
lepas? Dia nak jaga kau Mihad. Bila dia dapat tahu kau sakit,dia mula risau dan
sanggup berhenti kerja sebab nak jaga kau. Cuma kau yang tak dapat melihat
selama ni. Kau buta selama ni Mihad. Kebahagiaan bukan datang dari harta benda,
kebahagiaan itu datangnya dari sebuah kasih sayang yang tersimpul.“ Pak Salleh
menghembus nafas lega. Haji Mihad terkejut mendengar kata-kata Pak Salleh.
“Ya Allah…!
Astaghfirullah…. Apa yang dah aku buat selama ni? Aku marah dia,leter dia
malah, aku halau dia dari rumah aku Leh… tapi dia masih juga nak tolong aku.
Dia sanggup korbankan nyawa dia untuk lihat aku pergi umrah. Selama ni Farid
yang masukkan wang dalam akaun aku… Ya Allah….” Timbul rasa menyesal dihatinya.
Penyesalan yang hanya tinggal debu. Untuk dikesali perkara itu sudah tidak
berguna. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Apa yang mampu dilakukannya
sekarang hanya mampu berdoa agar roh anaknya dicucuri rahmat dan ditempatkan di
kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment