Wednesday, February 12, 2014

Sekadar perkongsian

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,
 Alhamdulillah....Alhamdulillah... Sehingga saat ini Allah masih lagi memberi kita nikmat kehidupan...namun itu tidak bermakna untuk kita alpa~ Mudah-mudahan tidak insya Allah... 

Disini ana ingin berkongsi satu artikel yang ana dapatkan dari blog seorang akhi, moga kita dapat ambil iktibar sama-sama..Insya Allah~

Pagi tadi seperti biasa, bagi membunuh masa-masa terluang di dalam tren, saya mengambil kesempatan untuk menghabiskan tilawah al-Quran saya. Inilah antara kelebihan menaiki tren ke tempat kerja di mana saya punya ruang dan peluang untuk melakukan pelbagai perkara, termasuklah menghapdet status di MukaBuku. Eh.

Ditakdirkan Allah, saya bermula dengan muka surat pertama surah al-Anbiya'. Saya pon bacalah tanpa menaruh sebarang rasa syak wasangka. Eh, macam familiar pulak ayat ini, hati saya bermonolog dalaman. Lantas saya menjeling maksud ayat yang baharu sahaja saya baca:

'Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."
[al-Anbiya', 21:1]

Gulp. Jantung saya berdebar-debar. Kenapa ayat ini lain macam kerasnya..?

Lantas saya membaca pula ayat kedua, dengan rasa sedikit teruja kerana mahu tahu apakah sambungan kepada ayat yang pertama. 

'"Setiap diturunkan kepada mereka ayat-ayat yang baru dari Tuhan, mereka mendengarkannya sambil main-main."
[al-Anbiya', 21:2]

Ok. Smack. Down. 

Terasa seperti mahu gugur jantung ketika itu. Eh ke dah gugur..? Peluh.

Mari kita sama-sama bermuhasabah, muhasarawak, muhapahang dan yang sewaktu dengannya, menerusi ayat satu dan dua surah al-Anbiya' ini. 

Kita tahukah bila tarikh kematian kita? Tidak.

Kita tahukah bilanya akan berlaku hari kiamat? Tidak.

Kita tahukah apa nasib kita di Mahsyar kelak. Tidak.  

Kita tahukah berapa jilid buku pahala yang telah kita khatam dan berapa jilid pula buku dosa kita? Tidak.

Dan kita tahukah sama ada kita akan masuk sorga atau tidak? Tidak.

Nah, kita tidak punya jawapan kan untuk semua itu? Tapi apa yang kita lakukan? Apa persediaan kita..?

"...sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."

Kita terus dengan gigihnya mengejar dunia. Kita tidak habis-habis berbicara tentang harga rumah, kereta apa nak beli, nak melancong ke mana dan kerusi urut cap apa yang paling mengujakan. Kita tidak kisah melakukan dosa. Kita sudah biasa melihat orang lain bermaksiat dan menganggap ia biasa sahaja. Kita sering membuang masa dengan cakap-cakap dan borak-borak kosong yang tidak mendatangkan manfaat dan amal. 

Mana akhirat kita?

Ketika sujud di tikar sejadah. Ketita menziarahi orang yang sedang nazak nak mati. Ketika kita dijangkiti kudis dan penyakit kulit yang cukup menjijikkan. Ketika bisnes tapewer kita rugi teruk dan kita sudah kehabisan modal. Kita membacakan surah Yaasiin pada pusara nenek dan atok kita. Kita anak kita mahu menghadapi peperiksaan besar. Ketika tiba-tiba bumi yang kita pijak bergegar dan kita cepat-cepat lari menyorok bawah meja. 

Selepas itu? Apa cerita?

Kita kembali menchentai dunia. Kita terus berangan-angan untuk menjadi kaya seperti Mark Zuckerberg, Bill Gates, Tony Fernandes dan Syed Bukhari, sambil menikmati roti cicah kaya. Kita pantas berasa cemburu apabila melihat ada jiran menukar langsir baharu atau ada rakan sekerja yang baru balik melancong dari Uganda. Kita sanggup bekerja lewat malam, buat tiga empat kerja tambahan, semata-mata kerana mahu beli kereta baru yang lebih mewah dan besar dan supaya dapat pakai spek hitam Gucci dan tali pinggang kulit LV. Kita sanggup bermusafir nun ke Kedah sana semata-mata mahu menikmati cendol bakar dan kemudian ke Johor pula untuk makan laksa. 

Geleng kepala. 

Dan apa reaksi dan maklum balas kita apabila ada orang yang sudi mengingatkan? Apabila ada yang cukup berani untuk menegur dan manasihatkan? Apabila ada yang cukup kuat untuk membacakan ayat-ayat Tuhan? 

"Setiap yang diturunkan kepada mereka ayat-ayat yang baru dari Tuhan, mereka mendengarkannya sambil main-main."

Sambil main-main. 

"Lek la brooo. Kecoh la lu. Gua muda lagi kottt. Takkan muda-muda macam ni dah nak sarung jubah pakai serban...??"

"Alah kau ni, seriyes sangatlah. Sekarang dunia dah moden. Biasalah tu laki pompuan campur-campur. Tak kool lah kalau nak asing bagai. Kau ingat ni Taliban ke apa?"

"Eh ayat-ayat Quran tu Allah turunkan untuk Nabi dan para sahabat je en? Tak applicable untuk kita kan...?"

"Nak ikut sunnah Nabi? Ish tak logik kot. Tu sesuai masa dengan Nabi dan para sahabat je la, sesuai dengan padang pasir dan pokok kurma! Tumpuk-tumpuk, tahi unta! Eh."

"Dakwah? Tarbiyah? Usrah? Apa kejadah? Ekstrem gila kaaauu Bedah!"

Seperti si anak yang main-main dengan ibunya yang menyuruhnya mandi. Seakan-akan si murid yang main-main dengan gurunya yang menyuruhnya menyiapkan kerja sekolahnya. Tidak seriyes. Pandang enteng. Main-main. 

Sedangkan... 

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka..."

Bila-bila masa sahaja Izrail boleh datang mencabut nyawa. Bila-bila masa sahaja kita boleh diserang sakit jantung dek kolesterol yang sudah tersumbat pada salur darah kita. Bila-bila masa sahaja kita boleh dilanggar lori ketika sedang melintas jalan raya.

Na'udzubillah... 

Dan ketika itu, andai kita sedang berada dalam keadaan lalai, sedang asyik bermaksiat dan berbuat dosa, larut dalam kemewahan dan kechentaan kita kepada dunia, kita menanges air jus buah delima sekali pon, tiada apa yang dapat menyelamatkan jiwa kita. 

Dan andai kita menghadap Tuhan dalam keadaan itu, amal kita dihitung ketika mana kita bermain-main dengan ayat-ayatNya dan dahulu ketika di dunia kita langsung tidak mengendahkan seruan yang mengajak kita ke arah kebaikan, percayalah, ketika itu, tiada apa yang dapat menebus kembali penyesalan kita. Hatta dunia dan seisinya, yang suatu ketika dahulu amat kita chentakan itu. 

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
[as-Sajdah, 32:12]

Waduh, tersentap jantung gue! 

-gabbana-

Sumber: angelwearsgucci.blogspot.com

Tuesday, February 11, 2014

Solat~






Di suatu petang  Su dan Irah
Irah: kadang-kadang aku rasa cam bosan sikit nak solat sebab punyalah lama masa digunakan...nak kena amik wuduklah. Tunggu orang azanlah. Lepas tu, Kalau nak berjemaah,kena tunggu iqamat.. Macam terpaksa je...kadang-kadang tu tengah buat kerja pun terpaksa berhenti sebab nak solat dulu..

Su: Ya Allah...budak ni.. Perkara yang istimewa memang la macam tu. Cincin yang ada berlian tu pun, punyalah lama nak siap. Sampai berhari-hari . Itu pun kalau bentuknya simple. Kalau costumer nak yang bentuk complicated lagilah lama.
Irah,setakat 5 minit tu apalah sangat nak korbankan masa untuk solat. Aku rasa kalau  kau solek muka kau tu adalah dalam sejam aku tunggu kau. Sampaikan nak tumbuh janggut kat dagu aku ni. Nasib baiklah aku ni perempuan tak delah nak tumbuh...Dalam sehari, baru 25 minit kita solat. Ada berbilion-bilion lemon lagi masa. Kau bayangkanlah, ada 23 jam 35 minit lagi untuk buat apa saja kerja yang kita nak buat. Tu pun aku rasa solat Subuh tu,berapa lama sangatlah kita solat.

Irah: Yelah-yelah aku kalah.. Susah la...hmm..

Su: Nak tahu tak,manusia perlukan agama untuk mendorong mereka buat benda baik dan jauhkan benda yang jahat. Ada agama,adalah tanggungjawab. Sama juga kesnya kalau kita dah pilih agama yang kita nak ikut. Kalau tak beragama pula susah hidup ini. Rasanya macam terumbang-ambing je. So,once kita dah pilih agama tu,kita mestilah berkorban apa saja. Penat-penat pilih agama yang kita nak ikut,tetiba je tak buat ibadah. Tu pasal orang yang tak bersolat ni rasa jauh dengan Allah sebab tak dak relationship. Kita kalau asyik fikirkan nak senang je.baik tak yah hidup. Semua nak senang.  Irah, nak makan pun kena kunyah tau. Bukan makanan tu dah siap blend. Irah tahu tak,dengan bersolat ini hidup kita akan sihat tau . Subuh ibarat sarapan pagi untuk kita.. Zohor pula lunch kita. Yela kita dah penat-penat bekerja atau belajar, mestilah nak ada yang masuk buat tenaga itulah kelebihan zojhor yang beri tenaga dan rehat pada kita. Rehat tu bukan untuk badan je,malah dengan minda sekali. Lagii-lagi dapat lelap sekejap barang seminit dua.. Itulah sunat tidur yang Nabi Muhammad lakukan masa tengah hari. Letih bekerja,penat belajar. Rehatlah sekejap. Stretching sikit. Ambil udara yang segar sambil menikmati makan petang. Masa inlilah solat asar dapat merehatkan kita sampai ke Maghrib. Berjemaah bersama keluarga atau rakan-rakan. Makan malam pula seperti solat isyak. Mengisi kekosongan dalam perut untuk kali terakhir pada hari itu. selesailah solat dan makan kita hari itu. Agungnya Tuhan,sambil beri makanan badan,DIA juga tak lupa makanan jiwa kita. Kalau tak,hati kita penuh dengan kegersangan tanpa limpahan iman dan solat.  Ok…

Irah: Oo..baru aku tahu.. Terima kasih banyak-banyak Su.. Aku dah faham ,kenapa islam sangat tegas dalam soal ni..

sumber: kamceng dengan solat Mohd zawawi yusoh

Saturday, February 8, 2014

Rehlah Siswa Soleh Sesi Dis 2013

Semoga tercapai sedikit sebanyak hikmat yang disaji di dalam hadith Rasul yang berbunyi:

"Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam ertikata belas kasihan mereka sesama mereka, dan dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu; iaitu apabila mana-mana anggota mengadu hal maka turut menanggunglah seluruh badan dengan berjaga malam dan merasai demam"