Irah: kadang-kadang aku rasa cam bosan sikit nak
solat sebab punyalah lama masa digunakan...nak kena amik wuduklah. Tunggu orang
azanlah. Lepas tu, Kalau nak berjemaah,kena tunggu iqamat.. Macam terpaksa
je...kadang-kadang tu tengah buat kerja pun terpaksa berhenti sebab nak solat
dulu..
Su: Ya Allah...budak ni.. Perkara yang istimewa
memang la macam tu. Cincin yang ada berlian tu pun, punyalah lama nak siap.
Sampai berhari-hari . Itu pun kalau bentuknya simple. Kalau costumer nak yang
bentuk complicated lagilah lama.
Irah,setakat 5
minit tu apalah sangat nak korbankan masa untuk solat. Aku rasa kalau kau solek muka kau tu adalah dalam sejam aku
tunggu kau. Sampaikan nak tumbuh janggut kat dagu aku ni. Nasib baiklah aku ni
perempuan tak delah nak tumbuh...Dalam sehari, baru 25 minit kita solat. Ada
berbilion-bilion lemon lagi masa. Kau bayangkanlah, ada 23 jam 35 minit lagi
untuk buat apa saja kerja yang kita nak buat. Tu pun aku rasa solat Subuh tu,berapa
lama sangatlah kita solat.
Irah: Yelah-yelah aku kalah.. Susah la...hmm..
Su: Nak tahu tak,manusia perlukan agama untuk
mendorong mereka buat benda baik dan jauhkan benda yang jahat. Ada agama,adalah
tanggungjawab. Sama juga kesnya kalau kita dah pilih agama yang kita nak ikut.
Kalau tak beragama pula susah hidup ini. Rasanya macam terumbang-ambing je.
So,once kita dah pilih agama tu,kita mestilah berkorban apa saja. Penat-penat
pilih agama yang kita nak ikut,tetiba je tak buat ibadah. Tu pasal orang yang
tak bersolat ni rasa jauh dengan Allah sebab tak dak relationship. Kita kalau
asyik fikirkan nak senang je.baik tak yah hidup. Semua nak senang. Irah, nak makan pun kena kunyah tau. Bukan
makanan tu dah siap blend. Irah tahu tak,dengan bersolat ini hidup kita akan
sihat tau . Subuh ibarat sarapan pagi untuk kita.. Zohor pula lunch kita. Yela
kita dah penat-penat bekerja atau belajar, mestilah nak ada yang masuk buat
tenaga itulah kelebihan zojhor yang beri tenaga dan rehat pada kita. Rehat tu
bukan untuk badan je,malah dengan minda sekali. Lagii-lagi dapat lelap sekejap
barang seminit dua.. Itulah sunat tidur yang Nabi Muhammad lakukan masa tengah
hari. Letih bekerja,penat belajar. Rehatlah sekejap. Stretching sikit. Ambil
udara yang segar sambil menikmati makan petang. Masa inlilah solat asar dapat
merehatkan kita sampai ke Maghrib. Berjemaah bersama keluarga atau rakan-rakan.
Makan malam pula seperti solat isyak. Mengisi kekosongan dalam perut untuk kali
terakhir pada hari itu. selesailah solat dan makan kita hari itu. Agungnya
Tuhan,sambil beri makanan badan,DIA juga tak lupa makanan jiwa kita. Kalau
tak,hati kita penuh dengan kegersangan tanpa limpahan iman dan solat. Ok…
Irah: Oo..baru aku tahu.. Terima kasih
banyak-banyak Su.. Aku dah faham ,kenapa islam sangat tegas dalam soal ni..
sumber: kamceng
dengan solat –Mohd zawawi yusoh
No comments:
Post a Comment