Tuesday, September 30, 2014

Couple?




Ramai yang masih menyangkal pepatah “Couple Is HARAM” khususnya para remaja islam pada masa kini. Tetapi bagaimana jika saya keluarkan 1 ayat dari al Quran yang menjadi pegangan dan kepercayaan umat-umat islam? Hanya 1 ayat…..
Surah An Nuur ayat 30 yang berbunyi,

Katakanlah kepada laki laki beriman supaya mereka merendahkan pandangannya (dari melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya(dari zina). Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka usahakan.”

Untuk lebih mendalam,biarlah saya jelaskan. Hendaklah kaum Muslimin laki2 atau perempuan merendahkan pandangannya, supaya jangan melihat yang haram,serta menjaga kehormatannya. (Tidak membuka auratnya dan tidak berzina). Ertinya hendaklah kaum laki2 merendahkan pandangannya dari melihat perempuan,begitu juga kaum perempuan merendahkan matanya dari melihat laki2,supaya jangan pandangannya yang kurang baik menarik kepada kejahatan. Orang yang bercouple ni memang xdapat dipisahkan drpd “aktiviti2” berpandangan,bersentuhan,berdua2an malah melahirkan rasa rindu dihati yang boleh menyebabkan kita alpa akan Allah…rindu pada kekasihnya melebihi rindu kepada yang Esa. Juga si perempuan sengaja melunakkan suaranya pabila bercakap dengan kekasihnya yang dapat membangkitkan nafsu jahat si lelaki pabila mendengar suara kekasihnya yang manja. Astaghfirullah al Azim.. berbalik kepada cerita asal,sebab inilah dalam agama islam dilarang berpandangan laki2 dengan perempuan yang bukan mahram,jika pandangan itu menarik kepada berbuat jahat(zina).  Tetapi jika laki2 tersebut hanya bertujuan untuk berubat adalah dibolehkan dia memandang perempuan tersebut tanpa ada niat yang tidak baik. Begitu juga dengan pencampuran bebas(bercampur laki dan perempuan yang bukan mahram,dengan tidak terbatas seperti berpegangan dan sebagainya),maka itu dilarang dalam agama islam,kerana memang yang demikian itu menarik kepada kejahatan.
Bagaimana pula jika saya beri 1 lagi ayat al Quran yang  menentang kuat hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram??
Surah al Israa ayat 32
“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”

Kalau nak lagi pasti kita lihat hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda
“sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj(kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”.
 Telah dijelaskan dengan terperinci dalam hadis ini mengenai zina. Terutamanya zina hati(bercouple).
Masih lagi menyangkal?
Buka minda kita untuk melihat kebenaran. Bukan kebatilan. Tiada yang lebih baik melainkan mengamalkan al Quran sebagai penyuluh hidup kita,hadis sebagai pembimbingnya. Insya Allah…..bahagialah hidup mu dunia akhirat…
Akhirul kalam…mohon maaf kiranya entri kali ini agak menyinggung perasaan mana –mana pihak yang terlibat. Saya hanya ingin sampaikan apa yang patut saya sampaikan… Allah jua yang terbaik,saya hanya insan biasa.
Wallahu Alam…

Wassalam…

Selagi Ada Waktu



“Ayah, Farid rasa Farid nak kerja kat Shah Alam. Tadi Farid pergi interview dan Farid dapat kerja kat kilang di Shah Alam” Farid tiba-tiba bersuara.
“Tak payah nak sibukkan diri kau tu dengan berkerja… setakat kerja kat kilang tu berapalah sangat gaji kau dapat? Aku tak setuju!”
“Ayah, nilah peluang Farid.Ayah juga yang suruh Farid cari kerja. Bila Farid duduk je kat rumah, ayah bising pula.BilaFarid dah dapat kerja ayah tak benarkan.Habis ayah nak apa? “ dengan suara yang agak tinggi Farid membalas.
“Huh…!! Kau ni pemalas, tahan ke kau kerja nanti? Buat apa kau nak kerja? Baik kau pergi belajar.Tu ha kat rumah ada surat dari politeknik. Dah dua kali dah. Cuba kau tengok kakak dan abang kau tu. Kerja mereka bagus. Sebab apa? Sebab mereka belajar! Kalau setakat macam kau yang duk katrumah je, sape yang sudi bagi kerja yang bagus??” Nada suara Haji Mihad agak tegas. Pak Salleh yang sedang menebas rumput di bahagian kebunnya hanya mampu melihat kerenah mereka anak-beranak.
“Huh! Tak habis-habis ayah nak junjung anak kesayangan ayah tu. Malas ar Farid.Farid tak kira, Farid nak kerja juga. Apa nak jadi, jadilah. Farid nak berdikari.”
“Berdikari konon! Kalau kau nak sangat, pergilah..!berambus.. !! Nanti jangan kau harap nak minta tolong dari aku!”
“Astaghfirullah….Mihad,dia anak kau tu Mihad. Jangan terlalu ikut perasaan. Biarlah dia kerja. Elok juga tu.”Pak Salleh menegur Haji Mihad.
Tiba-tiba imbauanya pada masa lalu terputus dek suara teman sekerjanya,Halim yang begitu lantang memanggilnya.
“Farid! Oi Farid. Hang melengung ka apa tu? Tunggu bulan jatuh ka baru nak p gheja2?“ pelat sekali loghat Kedah si Halim menegur Farid. Halim merupakan anak jati Kedah yang telah lama mengabdikan dirinya di Shah Alam.Dia juga merupakan kawan yang paling rapat sekali dengan Farid.
“Eh, kamu ni  Lim. Terkejut saya. Tak dak pa ar. Letih sikit je. Jom.”Farid menjawab sambil menepuk belakang Halim. Bagai isi dengan kuku, itulah yang dapat disimpulkan mengenai hubungan mereka berdua. Susah senang mereka kongsi bersama.

 Mereka menyambung semula kerja pembungkusan barang. Farid masih lagi terkenang kata-kata ayahnya yang menyebabkan dia rasa kecewa dan mendorong Farid untuk mencari pekerjaan.Termenung dia sejenak.Hanya itu yang mampu dilakukan.Jika ditanya pada mana-mana insan yang bergelar anak adakah mereka merindui keluarga mereka, sudah pasti jawapannya ‘Ya’.Begitulah juga perasaan Farid semenjak dia menjejakkan kaki ke Shah Alam.Farid seperti pungguk merindukan bulan tatkala mengingati ayahnya. Dalam hatinya hanya ada ayah. Walaupun Farid mempunyai abang dan kakak,namun dia tidak pernah mesra dengan mereka. Hubungan mereka adik-beradik sangat dingin. Ditambahkan lagi dengan sifat abang dan kakaknya yang begitu sombong atas kejayaan mereka. Sampai sekarang Farid masih tertanya-tanya kenapa ayahnya begitu menyanjung tinggi abang dan kakaknya.
‘Ayah lebih suka anak yang ada harta ke?’ detak hatinya. Pelbagai soalan menujah fikirannya.Namun hanya dapat ditanya kepada diri sendiri.
“Adei..! awat ngan hang ni Farid? Ada masalah ka? Selalu sangat hang melengung.” Halim menegur Farid yang kelihatan begitu muram pada pagi itu.
“Tak dak pa la Lim. Saya okay je.”
“Muka macam kena tinggal bini hang kata ok? Ishh…. Sat gi hujan la kalau hang terus macam ni. Saya tengok pun hari dah mendung ni.” Halim berseloroh. Farid hanya mampu tersenyum dan menyambung kerjanya semula.
“Ambo  tak pahe la dengan teman kito yang sore ni” Nazir tiba-tiba bersuara dengan pelat Kelantannya. Nazir hanya mampu menggelengkan kepalanya pabila melihat Farid yang suka termenung  sejak akhir-akhir ini. Nasib Nazir juga sama dengan Farid yang tidak mempunyai ibu cuma Nazir mempunyai keluarga yang amat memahaminya. Nazir merupakan pekerja yang paling lama berkerja di situ.Anak kelahiran Rantau Panjang ini mempunyai sifat yang amat menyenangkan hati sesiapa sahaja yang berkawan dengannya. Jadi tidak hairanlah jika dia mempunyai ramai kawan di tempat tersebut.

******************
Petang itu angin sepoi-sepoi bahasa menampar seraut wajah yang jernih yang sedang menatap keindahan alam semesta. Fikiran Farid masih lagi menerawang jauh.
“Ayah, kenapa ayah tak suka Farid?Apa salah Farid di mata ayah?” tanpa disedari kata-kata tersebut terkeluar dari mulut Farid. Pandangan Farid tiba-tiba tertumpu kearah satu sudut dimana dia terlihat sepasang suami isteri yang sedang bergurau senda bersama  anaknya di taman permainan yang berdekatan dengan laman rumah sewanya. Penghijrahan Farid ke Shah Alam banyak merubah hidupnya. Farid berjaya menunaikan hasrat hatinya untuk berdikari tanpa mengharapkan ayahnya. Namun hatinya masih dibayangi dengan rasa bersalah. Dia hanya mampu memohon ampun kepada Ilahi agar dimaafkan segala dosanya selama ini. Doa tidak pernah terputus dari bibirnya agar hati ayahnya terbuka untuk menerimanya seadanya. Penghijrahannya kali ini benar-benar telah merubah sikapnya yang dulunya sangat nakal menjadi seorang yang lebih matang dan pandai berfikir.


“Farid! Hoi…kau ni tak de kerja lain ke?” Tiba-tiba suara Haji Mihad menujah ke  telinga Farid yang sedang leka memetik gitar. Farid terkejut mendengar suara ayahnya yang begitu garang.Farid langsung tidak mempedulikan kehadiran ayahnya yang sudah berada dihadapannya.Dia masih juga mengalunkan lagu ‘Selagi Ada Rindu’ dengan gitar barunya di ruang tamu. Haji Mihad semakin marah. Ibarat harimau yang hanya menunggu untuk menerkam mangsanya.
“FARID!!!”
 Muka Haji Mihad merah padam menahan api kemarahannya. Kelihatan haji Mihad bercekak pinggang menandakan dia benar-benar marah terhadap Farid.
“Ape???” dengan selambanya Farid menjawab dan berhenti memetik gitar di atas sofa. Gitar segera diletakkan di atas meja yang berada di hadapannya. Suasana ruang tamu menjadi suram.Perhiasan yang begitu cantik sekali pun sudah tidak mampu menyerikan ruang tersebut. Bunga matahari yang berada disudut kiri sofa tersebut kelihatan seperti tiada serinya dengan keadaan Farid dan ayahnya Haji Mihad sekarang. Suasana yang begitu tegang mula memenuhi ruang tamu.
“Tak ade ke kerja yang lebih berfaedah kau nak buat? Ke hulu ke hilir dengan gitar kau tu. Kau ingat duit akan datang ke dengan main benda yang tak berfaedah ni? Apasal kau degil sangat? Disuruh belajar kau tak nak! Kerja pun kau tak nak! Habis kau nak jadi apa hah!!??” Lantang sekali suara Haji Mihad menegur anaknya.
“Argghh! Ayah tak habis-habis nak suruh Farid sekolahlah,kerja la. Farid tahu la nak buat apa nanti ayah. Sekarang ni Farid nak berseronok. Baru je 4 bulan Farid dapat keputusan Spm.”
“Menjawab lagi. Setiap kali aku bagi nasihat je kau menjawab. Cuba kau bagitau kat aku, kau nak jadi apa?? Kau tengok abang dan kakak kau tu. Ada mereka macam kau? Kau ni ape?? Menyusahkan orang ade ar.”
“Sudahlah!! Farid malas nak dengar. Sikit-sikit abang. Sikit-sikit kakak!! Tapi mereka pernah ke jenguk ayah kat sini bila mereka cuti??? Huh!!” Farid terus mengambil gitarnya dan berlalu pergi tanpa menghiraukan ayahnya. Hati Farid berasa sakit setiap kali ayahnya membandingkan dia dengan abang dan kakaknya.
“Hah! Tengok tu. Bila marah je keluar.Dah pandai melawan dah sekarang. Mereka tu sibuk sebab tu tak dapat balik sini. Sekurang-kurangnya mereka ada kerja yang bagus. Tak macam kau.“ Haji Mihad sengaja meninggikan suaranya dari rumah agar Farid mendengar apa yang dikatakannya. Farid sudah jauh meninggalkan halaman rumah bersama-sama dengan gitarnya. Haji Mihad mendengus. Marahnya semakin membara pabila Farid langsung tidak mendengar katanya.
“Allahu Akbar..Allahu Akbar….”
Lamunan farid terhenti.Azan bergema menandakan masuk waktu Asar.
“Astaghfirullah al-azhim. Ya Allah. Jauh sekali saya termenung sampai tak perasan dah Asar.”Farid segera mengambil wuduk dan menunaikan solat Asar. Rumahnya sunyi kerana ketiadaan kawannya. Setiap hari Khamis mereka selalunya akan  balik ke kampung masing-masing. Hanya Farid seorang yang tidak balik ke kampung. Kadang-kadang dia pernah terfikir untuk menjenguk ayahnya di Johor. Namun dia masih belum bersedia.
Seusainya dia bersolat tiba-tiba lagu nyasid yang popular dinyanyikan oleh kumpulan In Team yang bertajuk ‘Kepastian’ menjerit-jerit menandakan ada panggilan masuk ke telefon jenama Nokia N9. Farid melihat nama yang tertera  di skrin telefonnya dan mengeluh.
“Hmmm.. Apa mimpi pula akak nak call ni?” Farid bermonolog kepada dirinya sendiri.
“Assalamualaikum kak.” Farid memberi salam.
“Tak payah nak tunjuk baik lah. Akak telefon Farid ni pun terpaksa. Akak nak bagitau kat Farid ,ayah sakit kat kampung tu. Tadi Pak Salleh call cakap yang ayah terpijak paku. Jadi akak nak Farid pergi balik kampung jaga ayah.” Dengan suara yang kasar Wanie menjawab.
“Astaghfirullah…. Kenapa pula boleh jadi macam tu kak? Emmm… Farid tengok lah nanti. Kalau Farid dapat balik, Farid balik. Tapi bukan untuk jaga. Jenguk je. Sebab Farid keje. Takkan akak tak boleh pergi?  Abang kan ada? Kenapa tak suruh abang? Abang dan akak kan anak kesayangan ayah..”
“Kau ni keje kilang je. Mana da sibuk sangat! Baik kau berhenti je keje. Balik kampung jaga ayah.Aku dan abang kau sibuk. Banyak keje.  Klien ada sana sini. Setakat gaji kau kat kilang tu,dua kali ganda aku boleh bayar. Sudah jangan banyak cakap. Keputusan akak muktamad!! Bye..”
Talian terus diputuskan.Syazwanie tersenyum puas. Walaupaun usianya sudah menjangkau 35 tahun namun raut wajahnya masih lagi seperti gadis yang berusia 20 an. Senyuman yang terukir dibibir mampu mencairkan mana-mana lelaki yang melihatnya. Tetapi Syazwanie merupakan seorang wanita yang berkerjaya. Dia langsung tidak memikirkan tentang perkahwinan. Baginya komitmennya terhadap kerja adalah lebih penting. Disebabkan itulah sampai kini dia masih lagi tidak mendirikan rumah tangga. Berbeza pula dengan sikap abangnya Mohd Raffi atau lebih dikenali sebagai Raffi. Mohd Raffi sudah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun. Umurnya kini jua sudah mencecah 40 tahun.  Adriani seorang pengusaha salun kecantikan  merupakan isteri kepada Mohd Raffi. Masing-masing mempunyai kerjaya sendiri dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Elisa.
“Huh! Harapkan pagar,pagar makan ayah!” Tiba-tiba Farid bersuara setelah kakaknya terus mematikan talian. Farid memicit-micit dahinya kerana pening memikirkan masalahnya.
Keesokan harinya seperti biasa Farid menunggang motosikal Lc 135 nya untuk pergi ke tempat kerjanya.  Kelihatan Halim dan Nazir sedang berbual rancak di bahagian parkir motorsikal.Farid menghampiri mereka.
“Assalamualaikum uztaz Farid.” Halim tersengih-sengih melihat Farid yang baru sampai sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat dan terus disambut Farid.
“Waalaikumussalam. Eh,uztaz pulak dia nih. “
“Betui ar. Hang kan ustaz yang terkenai13  kat kilang ni..hahahahaha. Tu ha,cik Nadia pon dah tergoda ngan hang tuh. Betuah dapat anak soleh macam hang.” Halim ketawa sepuas-puasnya kerana dapat mengusik rakannya.
“Dei,napa mu kecek gitu. Tak baik. Nanti ustaz kito merajok.”Nazir tiba-tiba menyampuk dan gelak bersama dengan Halim.
“Cis,mamat berdua ni. Kang saya bagi buku lima baru tahu. Lebam biji mata.”Farid menunjukkan buku limanya dan berpura-pura seperti ingin menumbuk Halim dan Nazir.
“Amboi,tu dia, ustaz kita dah marah tu.” Halim masih lagi mengusik Farid.
“Laa….mu ni Farid,kita gurau je. Tak buleh ko?” jawab Nazir.
“Saya bukan marah ar, cuma tak suka korang panggil saya ustaz. Malu ar..” farid memberi senyuman kepada kawannya.  Tersipu-sipu malu lagaknya.
“Oooo…malu…hahahahahaha” Halim ketawa terbahak-bahak. Nazir pula hanya mampu tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Ish..hangpa berdua ni…tak support kawan langsung..” terkeluar pelat Kedah dari mulut Farid. Kadang-kadang Farid terikut-ikut pelat Halim dan Nazir.
“Eh? Pasai pa tiba-tiba monyok muka tu? Uii…macam belacan. Ada masalah ka Farid?” Halim yang perasan akan perubahan wajah Farid bertanya.
“Saya tak tau la Lim. Semalam akak saya call. Dia cakap ayah sakit. Terpijak paku. Akak suruh saya berhenti kerja jaga ayah kat kampung. “
“Habis tu?”
“Lim,kamu bukan tak tau hubungan saya dengan ayah saya macam mana. Saya belum bersedia nak berdepan dengan dia. Semua yang saya buat jadi tak kene di mata dia.”
“Farid,mu kena ingat…sebaik-baik amalan adalah dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Mu tu patut bersyukur sebab masih ada ayah. Ni encik Halim kito yang sore ni, ibu tak dop, ayoh pun tak dop. Kita berduo ni bertuah tau sebab masing-masing masih ado ayah.” Nazir yang diam seribu bahasa dari tadi mencelah sambil menepuk belakang Halim menunjukkan dia simpati akan nasib Halim. Farid terangguk-angguk. Hatinya sedikit demi sedikit mula terbuka. Sedang dia berbual dengan kawannya,Farid tiba-tiba rasa pening kepala. Semuanya menjadi tidak jelas. Berputar-putar ibarat putaran puting beliung.
“Eh,Farid…mu okay ka dak ni? Nak kami bawok pi klinik ka?” Nazir memaut bahu Farid yang hampir-hampir rebah. Namun Farid memaksa dirinya untuk berdiri.
“Saya okay. Tak pa.”

**********
“Allah……, sakit pula kaki ni. Esok aku kene pergi Tabung Haji pula nak daftar. Macam mana nak pergi kalau macam ni?” Haji Mihad merungut. Tahun ini Haji Mihad behajat untuk pergi mengerjakan umrah memandangkan rezekinya mengizinkannya. Tahun ini merupakan tahun kedua Haji Mihad mengerjakn umrah. Rindu untuk melihat kaabah membuatkannya mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi.
“Assalamualaikum ayah…”
Tiba-tiba kedengaran suara seorang anak muda memberi salam dari luar rumah. Haji Mihad menjadi tertanya-tanya.
‘Eh? Siapa punya suara tu? Siap panggil ayah lagi. Raffi ke? Tapi Raffi kata tak dapat balik semalam.’ Getus Haji Mihad. Fikirannya sekarang penuh dengan tanda tanya. Haji Mihad dengan bersusah payahnya bangun dan berjalan menuju kearah pintu rumahnya.  seraut wajah yang bersih kelihatan muncul di muka pintunya. Haji Mihad masih tertanya-tanya.
‘Macam pernah lihat. Tapi siapa?’ detak hatinya.
“Ayah, Farid ni. Anak ayah. Ayah apa khabar?” Farid segera memadamkan persoalan dalam fikiran Haji Mihad.
“Farid?? Ooo… tahu pula kau balik. Dah bertahun-tahun tak balik,tahu pula jalan balik rumah.” Haji Mihad terus masuk kedalam rumah tanpa mempedulikan anaknya Farid. Langsung tiada senyuman terukir dibibir Haji Mihad. Farid tergamam.
‘Ya Allah,kuatkan hati hamba’ Farid berdoa di dalam hati. Keputusannya untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya adalah  satu keputusan yang terbaik baginya. Farid terus masuk ke biliknya dan menyimpan pakaiannya ke dalam almari. Seusainya dia menyimpan semua barangnya, dia berehat di ruang tamu. Farid merenung sejenak keadaan rumah yang telah ditinggalkannya selama 10 tahun lamanya. Banyak perubahan. Terlalu jauh berbeza dari yang dulu.  Semuanya telah diubah dengan terperinci. Setiap sudut rumah tersebut di perhatikannya.
“ Ehem..!!” Haji Mihad tiba-tiba muncul didepan muka pintu biliknya. Lamunan Farid terhenti.
“Kau balik ni nak apa? Apa mimpi kau balik? Sebelum ni tak pernah pun kau jejak kaki kau kat sini selepas kau kerja kat Shah Alam tu.” Haji Mihad bertanya.
“ Emm….Farid saje nak balik. Farid nak duduk rumah untuk jangka masa yang lama..” Farid menyembunyikan niat yang sebenar. Dia tidak mahu ayahnya menyuruhnya kembali berkerja sekiranya dia menyatakan niatnya yang sebenar.

1 bulan telah berlalu.

“Maaf pak cik. Wang dalam akaun pak cik tak cukup untuk umrah. Dalam akaun pak cik sekarang hanya ada Rm 6000 sahaja,tapi pakej yang pak cik minta tu Rm10000.  Pak Cik Cuma perlu tambah Rm 4000 sahaja lagi.” Dengan penuh budi bahasa Cik Maisarah menerangkan kepada Haji Mihad. Haji Mihad hanya mampu menanggukan kepalanya dan tersenyum hambar.
‘Nampaknya aku kene tambah Rm 4000 je lagi. Tapi macam mana aku nak dapat dalam masa yang singkat.’ Detak hatinya. Haji Mihad terus pulang ke Johor dengan menaiki teksi. Sesampainya dirumah pada jam 2 petang, Haji Mihad terus melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Allah…., lenguh betul pandu jauh sangat ni. “
“Macam mana ayah? Jadi tak pergi tahun ni?” Suara Farid tiba-tiba kedengaran dari arah dapur.
“Mestilah jadi. Kenapa? Kau tak suka aku pergi?” sikap Haji Mihad masih lagi dingin terhadap Farid. Farid tersenyum. Pengubat hati kononya.
“Ayah, mana ada macam tu. Mana tahu ayah kekurangan wang,boleh Farid bantu.”
“Bantu? Kau tu tak keje, nak bantu macam mana? dengan habuk?”
“Duit simpanan Farid ada yah. Kalau ayah kekurangan wang,Farid boleh tolong.”
“Huh! Kalau aku kekurangan wang sekalipun aku takkan ambik duit kau..!” Haji Mihad mengatur langkah menuju ke arah dapur meneguk segelas air untuk menghilangkan dahaga dan panas di hatinya. Farid dibiarkannya terpinga-pinga.
‘Jadi betul lah ayah kekurangan duit? Hmm…’ Farid bermonolog sendirian. Farid tersenyum lagi. Senyuman yang penuh bermakna. Haji Mihad pula bercadang untuk meminta tolong Mohd Raffi dan Syazwanie untuk menambah wang di dalam akaunnya. Haji Mihad segera menelefon Mohd Raffi.
“Assalamualaikum yah. Ada apa yah?” Mohd Raffi dihujung talian bertanya.
“Waalaikumussalam. Em..begini sebenarnya Fi,ayah nak minta tolong sikit. Duit dalam akaun ayah ada Rm 6000 je,tapi pakej haji yang ayah minta tu Rm 10,000. Jadi ayah perlu tambah Rm 4000 je lagi. Emm…mungkin Fi boleh,ayah nak Fi tambah Rm 2000 dalam akaun ayah. Jangan risau ayah akan ganti balik.”
“Rm 2000? Emm..ayah,Fi bukannya tak nak tolong masalahnya bulan ni Fi dan Adriani nak beli rumah baru. Jadi kami kena berjimat ar. Maaflah ayah.”
“Oooh..yeke? tak pelah Fi kalau tak dapat.” Ganggang terus diletakkan. Haji Mihad sedikit kecewa. Namun dia tidak berputus asa. Sekali lagi jari telunjuknya mendail nombor. Kali ini Haji Mihad mencuba nasib terhadap anak perempuannya,Wanie. Namun jawapan tetap sama,cuma alasannya yang berbeza. Syazwanie tidak dapat membantu ayahnya disebabkan gajinya banyak dihabiskan untuk membayar kereta baru. Farid yang kebetulan lalu di luar bilik ayahnya terdengar  perbualan Haji Mihad. Walaupun tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh Mohd Raffi dan Syazwanie,namun Farid dapat mengagak jawapan yang diberikan melalui riak suara Haji Mihad yang kedengaran hampa.
Farid terus keluar rumah dan pergi menunggang motorsikalnya ke tebing sungai yang berdekatan dengan kebun ayahnya. Sebuah bangku tersedia untuk di dudukinya. Tempat tersebut merupakan rumah kedua bagi Farid kiranya dia dalam kesedihan. Fikiran Farid menerawang jauh sambil merenung sungai yang langsung tidak berkocak. Sungguh tenang air sungai itu. Tetapi tidak setenang fikiran Farid. Dia tiba-tiba teringat akan kata-kata doktor sebulan yang lalu.
“Encik menghidap kanser otak. Diharap encik banyak bersabar. Kami akan beri encik ubat penahan untuk sementara. Sekadar menahan kesakitan. Encik haris menjalani pembedahan dengan segera agar kanser tersebut tidak merebak pada bila-bila masa.” Saat itu farid terkejut mendengar akan penyakit yang sedang dihidapinya. Dia lebih rela tidak pergi ke hospital seandainya dia tahu inilah keputusannya. Namun disebabkan Farid hampir pengsan dan kepalanya seperti berputar-putar ketika di kebun ayahnya dulu menyebabkan dia ingin tahu sebabnya.
“Assalamualaikum Farid.” Pak Salleh yang sudah lama menyapanya dari tadi menepuk bahu Farid disebabkan Farid langsung tidak menyedari kehadirannya. Lamunan Farid menjadi kabur. Semuanya berkecai ibarat kaca yang dilepaskan ke lantai. Farid menoleh ke belakang. Sekali lagi seraut wajah yang menyimpan pelbagai rahsia tersenyum hambar.
“Waalaikumussalam Pak Salleh. Minta maaf. Farid tak perasan pun pak cik ada tadi.”
“Jauh termenung. Ada masalah ke Farid? Cuba cerita kat pak cik. Insya Allah pak cik tolong jika pak cik mampu.” Pak Salleh sekali lagi menepuk lembut bahu kiri Farid. Farid tanpa keberatan menceritaka segala-galanya kepada Pak Salleh dan meminta Pak Salleh merahsiakannya sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir. Pak Salleh dengan berat hatinya terpaksa menyimpan rahsia tersebut demi menjaga hati Farid. Dihatinya hanya mampu berdoa agar Allah merahmati anak sebaik Farid.

1 minggu berlalu.

“Pak cik, siapa kata wang pak cik tak cukup? Seminggu yang lepas anak pak cik telah masukkan Rm 4000 kedalam akaun pak cik. Jadi pak cik tak perlu tunda pemergian pak cik ke tahun hadapan.” Cik Maisarah pekerja di bahagian pengurusan pengambilan jemaah haji sekali lagi bertemu dengan Haji Mihad.
“Maksud cik, saya dah boleh isi borang la ye?” Haji Mihad yang begitu teruja akan kata-kata cik Maisarah tersenyum riang. Semangatnya tiba-tiba datang. Cik maisarah menganggukan kepalanya sambil tersenyum lebar.
“Ni mesti Raffi ataupun Wanie yang tolong aku ni. Alhamdulillah ya Allah…bertuah aku ada anak macam mereka.” Haji Mihad mengucapkan syukur.
“Alhamdulillah. Bertuah pak cik ada anak yang sanggup keluarkan wang beribu-ribu untuk ayah mereka. Jarang ada anak macam tu sekarang ni. Tahniah pak cik. Bulan depan pak cik boleh pergi kerjakan umrah.” Cik Maisarah yang mendengar kata-kata Haji Mihad turut bersyukur. Seusainya Haji Mihad mengisi borang pendaftaran dia terus pulang dengan hati yang riang. Setibanya di rumah dia terus naik kerumahnya. Namun dia berasa pelik kerana pintu rumahnya dibiarkan terbuka. Dia memanggil-manggil nama Farid, tetapi tiada jawapan.
“Buang tebiat ke budak ni? Pintu dibiarkan je terbuka. Keluar melepak lagi la tu.” Rungut Haji Mihad. Sedang Haji Mihad berjalan ke arah biliknya,pintu bilik Farid yang berada di hadapan biliknya kelihatan terbuka. Haji Mihad mendekati bilik anaknya dan terkejut saat dia melihat sekujur tubuh yang kaku terlentang di lantai.
“ Ya Allah….!! FARIDDD!!” Haji Mihad terus memangku anaknya keatas ribanya. Haji Mihad terpandang ubat yang dipegang oleh Farid di tangan sebelah kirinya dan terus mengambil ubat tersebut. Hati Haji Mihad pada masa itu benar-benar sedih. Raffi dan Wanie segera dihubungi. Setelah beberapa minit,rumah Haji Mihad semakin dipenuhi dengan ramai orang. Penduduk kampung berkerjasama untuk mengebumikan jenazah anaknya seusainya solat zohor. Pada malamnya doa tahlil di adakan. Seusainya doa tahlil Haji Mihad duduk diluar rumah. Termenung. Pak Salleh datang menyusurinya.
“Mihad,kau kena banyak bersabar. Ni semua dugaanNYA. Emm…Farid tu budak baik Mihad. Kau je yang rabun selama ni. Kau tak buka pun mata kau untuk lihat kebaikannya.” Pak Salleh mula menyusun ayat untuk memberitahu perkara sebenar.,walaupun Farid sudah memintanya untuk merahsikan perkara tersebut sampai bila-bila.
“Apa maksud kau Salleh?” Haji Mihad yang kebingungngan tertanya-tanya. Pak Salleh memberikan senyuman kepada Haji Mihad.
“Sebelum tu aku nak minta maaf sebab aku rahsiakn hal ni dari kau selama ni. Itu pun disebabkan Farid.” Pak Salleh terdiam sejenak sambil menghembuskan nafas yang agak berat. Haji Mihad pula tertunggu-tunggu untuk mengetahuinya.
“Mihad,kau tahu tak kenapa kau dapat pergi umrah tahun ni? Sebab Farid, Mihad. Farid jual motor dia dan keluarkan semua wang simpanan dia untuk kau. Dia terdengar perbualan kau masa kau telefon Raffi dan Wanie seminggu yang lalu. Sebenarnya duit simpanan tu dia nak guna untuk pembedahan otaknya. Tapi bila dia tahu kau perlukan wang untuk pergi umrah,dia tukar niatnya. Doktor telah mendapati yang dia menghidapi kanser otak dan perlu pembedahan segera. Dan sekarang ajal dia dah sampai Mihad. Kau tahu tak kenapa dia pulang kat kampung sebulan yang lepas? Dia nak jaga kau Mihad. Bila dia dapat tahu kau sakit,dia mula risau dan sanggup berhenti kerja sebab nak jaga kau. Cuma kau yang tak dapat melihat selama ni. Kau buta selama ni Mihad. Kebahagiaan bukan datang dari harta benda, kebahagiaan itu datangnya dari sebuah kasih sayang yang tersimpul.“ Pak Salleh menghembus nafas lega. Haji Mihad terkejut mendengar kata-kata Pak Salleh.

“Ya Allah…! Astaghfirullah…. Apa yang dah aku buat selama ni? Aku marah dia,leter dia malah, aku halau dia dari rumah aku Leh… tapi dia masih juga nak tolong aku. Dia sanggup korbankan nyawa dia untuk lihat aku pergi umrah. Selama ni Farid yang masukkan wang dalam akaun aku… Ya Allah….” Timbul rasa menyesal dihatinya. Penyesalan yang hanya tinggal debu. Untuk dikesali perkara itu sudah tidak berguna. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Apa yang mampu dilakukannya sekarang hanya mampu berdoa agar roh anaknya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.