Ramai yang masih menyangkal
pepatah “Couple Is HARAM” khususnya para remaja islam pada masa kini. Tetapi
bagaimana jika saya keluarkan 1 ayat dari al Quran yang menjadi pegangan dan
kepercayaan umat-umat islam? Hanya 1 ayat…..
Surah
An Nuur ayat 30 yang berbunyi,
“Katakanlah kepada laki
laki beriman supaya mereka merendahkan pandangannya (dari melihat yang terlarang)
dan menjaga kehormatannya(dari zina). Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka usahakan.”
Untuk lebih
mendalam,biarlah saya jelaskan. Hendaklah kaum Muslimin laki2 atau perempuan
merendahkan pandangannya, supaya jangan melihat yang haram,serta menjaga
kehormatannya. (Tidak membuka auratnya dan tidak berzina). Ertinya hendaklah
kaum laki2 merendahkan pandangannya dari melihat perempuan,begitu juga kaum
perempuan merendahkan matanya dari melihat laki2,supaya jangan pandangannya
yang kurang baik menarik kepada kejahatan. Orang yang bercouple ni memang
xdapat dipisahkan drpd “aktiviti2” berpandangan,bersentuhan,berdua2an malah
melahirkan rasa rindu dihati yang boleh menyebabkan kita alpa akan Allah…rindu
pada kekasihnya melebihi rindu kepada yang Esa. Juga si perempuan sengaja
melunakkan suaranya pabila bercakap dengan kekasihnya yang dapat membangkitkan
nafsu jahat si lelaki pabila mendengar suara kekasihnya yang manja.
Astaghfirullah al Azim.. berbalik kepada cerita asal,sebab inilah dalam agama
islam dilarang berpandangan laki2 dengan perempuan yang bukan mahram,jika
pandangan itu menarik kepada berbuat jahat(zina). Tetapi jika laki2 tersebut hanya bertujuan
untuk berubat adalah dibolehkan dia memandang perempuan tersebut tanpa ada niat
yang tidak baik. Begitu juga dengan pencampuran bebas(bercampur laki dan
perempuan yang bukan mahram,dengan tidak terbatas seperti berpegangan dan
sebagainya),maka itu dilarang dalam agama islam,kerana memang yang demikian itu
menarik kepada kejahatan.
Bagaimana
pula jika saya beri 1 lagi ayat al Quran yang
menentang kuat hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan yang
bukan mahram??
Surah
al Israa ayat 32
“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
Kalau
nak lagi pasti kita lihat hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Daripada
Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda
“sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai
zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina
lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj(kemaluan)
hanya menuruti atau tidak menuruti”.
Telah dijelaskan dengan terperinci dalam hadis
ini mengenai zina. Terutamanya zina hati(bercouple).
Masih
lagi menyangkal?
Buka
minda kita untuk melihat kebenaran. Bukan kebatilan. Tiada yang lebih baik melainkan
mengamalkan al Quran sebagai penyuluh hidup kita,hadis sebagai pembimbingnya.
Insya Allah…..bahagialah hidup mu dunia akhirat…
Akhirul
kalam…mohon maaf kiranya entri kali ini agak menyinggung perasaan mana –mana pihak
yang terlibat. Saya hanya ingin sampaikan apa yang patut saya sampaikan… Allah
jua yang terbaik,saya hanya insan biasa.
Wallahu
Alam…
Wassalam…
No comments:
Post a Comment