Thursday, October 2, 2014

Mengapa Bertudung?



Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.
Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.Hukum Memakai Hijab
Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:
1. Firman Allah Taala:

يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن

Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)

2. Firman Allah Taala:

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)
Manakala bagi wanita bukan Islam, mereka tidak diperintahkan menutup aurat kerana perintah tersebut hanya bagi wanita-wanita beriman. Ini kerana orang-orang bukan Islam tidak dibebankan dengan perkara-perkara furu’ dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dengan memakai hijab, mereka tidak diwajibkan mematuhinya pada hukum dunia. Namun, pihak berkuasa dalam sesebuah negeri perlu sentiasa memantau perlakuan mereka agar tidak mendedahkan aurat secara melampau atau berpakaian tidak senonoh sehingga boleh mengundang pelbagai gejala sosial kepada masyarakat.

Wednesday, October 1, 2014

Nasihat adalah dakwah!





Allah berfirman yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihatilah dengan penuh kebaikan, dan berbahasalah dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui siapa yang sesat dari jalannya  dan DIA mengetahui siapa yang diberikan hidayah.”
[Surah al-Nahl, ayat 125]

Jelas dalam ayat di atas bahawa kita diarahkan oleh Allah bagi menjadi pendakwah sekali  gus sebagai penasihat kepasa sesiapa sahaja khususnya kepada ahli keluarga kita sendiri.
Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka…..”
[Surah al-Tahrim, ayat 6]

Kemudian Allah menjelaskan bahawa hanya Dirinya yang mengetahui siapa yang sesat dan siapa yang beroleh hidayah daripada Tuhan mereka. Ini bermaksud tugas seorang pendakwah  dan penasihat adalah memberikan yang terbaik dalam dakwah dan nasihat tersebut.
Namun jika dakwah dan nasihat mereka tidak diendahkan, ia tidak lagi menjadi tanggungjawab kepada si pendakwah dan penasihat  tadi.
Kenapa tidak berkesan?
Imam Ibn al-Jawzy r.h. dalam kitabnya Shayd al-Khatir menyebut antara sebab nasihat itu tidak berkesan adalah:

Nasihat diberikan dengan keras seperti pukulan rotan, ia sakit namun apabila diangkat dari tempat yang dirotan kesakitan itu sirna.

Perhatian hanya diberikan ketika mendengar nasihat dalam majlis-majlis tertentu sehingga melahirkan kekhusyuk, keinsafan, keinsafan dan luluh hati mendengar nasihat-nasihat tersebut. Namun apabila keluar daripada majlis tersebut, keduniaan terus membawa kelalaian kepada insan.

Justeru dapat difahami bahawa nasihat yang terbaik sebagaimana yang Allah sarankan dalam ayat 125 , Surah al-Nahl di atas iaitu nasihat yang terbaik adalah nasihat dengan sebaik-baiknya dan lemah lembut (mau izatul hasanah)

Selain daripada itu, bagi mengekalkan momentum nasihat  seseorang itu perlu melazimkan majlis-maljis agama yang dimeriahkan dengan nasihat-nasihat daripada kalam Allah dan sabda Rasulullah s.a.w.

Si tudung labuh!



Jam menunjukkan 6.45 pagi. Zahiran tergesa-gesa untuk bersiap. Kelas mula pada jam 7.30 pagi. Jam 7.00 pagi,Zahiran selalunya sudah dalam perjalanan menuju ke kelas. Sedang Zahiran tengah bersiap…..
Suffiyah: Ai…hang lambat noo… semalam balik jam berapa dari surau?
Zahiran: Jam 1.00 pagi macam tu. Biasalah tu.. petang ni dah mula program dah. Banyak kena sedia.
Suffiyah: Program,program juga Zah. Risau tengok hang ni. Setiap kali ada program je,selalu balik lewat. Mana masa hang nak study?
Zahiran: Allah sentiasa permudahkan urusan hamba-hambaNYA yang serahkan segala-galanya pada DIA.. Saya dah biasa dah… (Sebuah senyum diberi)
Selesai memakai tudung Zahiran dan Suffiyah melangkahkan kaki untuk pergi ke kelas. Dalam perjalanan…
Suffiyah: Zah,hang tak rasa panas ka pakai tudung labuh? Maaf.. Ceq bukan nak peril ke ape ke..Cuma yela bila ceq tengok akak-akak senior pakai tudung labuh,diorang nampak ok je. Ceq pula malu nak tnya depa. Jadi ceq tanya hang la… lagi senang.
Zahiran: Alhamdulillah… Setakat ini belum pernah lagi rasa panas & rimas. Kalau Su ada kemusykilan tanya je. Insya Allah saya jawab yang termampu.
Suffiyah: emm…pakai tudung labuh wajib ke?
Zahiran: Tak… yang wajibnya adalah tutup aurat..bukan balut aurat.. Pastikan tudung dilabuhkan menutupi dada,tak transparent,tak terbelit-belit sampai menampakkan bentuk leher,tak tabbaruj dan tak dak sanggul unta kat atas kepala. Oh satu lagi,biarlah tudung tu menutup ketiak kita. Yang nak bertudung labuh lagi bagus. Banyak kelebihannya.
Suffiyah: Oh macam tu.. Tapi apa kelebihan pakai tudung labuh?
Zahiran: Banyak. Bila kita bertudung labuh ni kita akan terdidik untuk berkelakuan seiring dengan imej yang kita bawa. Maksudnya dapat didik kita untuk jaga akhlak kita. Akhlak kan bunga diri.
Suffiyah: Macam mana?
Zahiran: Yelah,bila kita bawa imej tudung labuh ni takkan pula kita nak bertepuk tampar dengan yang bukan muhrim,pergi ke tempat yang tak elok,bersosial,teriak sana teriak sini,ketawa terbahak-bahak. Kan tak matching tu. Orang tengok pun pelik. Jadi bila kita bertudung labuh ni kita akan sentiasa menjaga diri kita dari membuat perkara tak elok.
Suffiyah: Betul tu betul. Selain tu?
Zahiran: Bila bertudung labuh ni automatik kita boleh bawa untuk solat. Tak perlu guna telekung sebab aurat-aurat ketika solat dan diluar solat sama je… Sebab tu kalau Su tengok akak-akak senior pakai hand shock walaupun berbaju kurung dan memakai stoking untuk menutupi kaki kita yang comel walaupun memakai kasut. Pakai kasut tak jamin kaki kita tu boleh ditutup dengan sempurna.. melainkan kalau pakai kasut PCK..hahaha…
Suffiyah: Hehe…. Hang nih melebih-lebih pula.. bagusnya.. hmm.. ceq ni lama dah nak bertudung labuh,tapi bila fikir balik apa pula yang kawan-kawan kata nanti. Tiba-tiba je berubah. Hmm..
Zahiran: Ambil peduli pandangan Allah terhadap diri kita,hiraukan apa yang manusia kata disekeliling kita.. Selagi Allah redha apa yang kita buat tak ada salahnya… ok..

Suffiyah: Baik.. Insya Allah..