Wednesday, October 1, 2014

Nasihat adalah dakwah!





Allah berfirman yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihatilah dengan penuh kebaikan, dan berbahasalah dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui siapa yang sesat dari jalannya  dan DIA mengetahui siapa yang diberikan hidayah.”
[Surah al-Nahl, ayat 125]

Jelas dalam ayat di atas bahawa kita diarahkan oleh Allah bagi menjadi pendakwah sekali  gus sebagai penasihat kepasa sesiapa sahaja khususnya kepada ahli keluarga kita sendiri.
Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka…..”
[Surah al-Tahrim, ayat 6]

Kemudian Allah menjelaskan bahawa hanya Dirinya yang mengetahui siapa yang sesat dan siapa yang beroleh hidayah daripada Tuhan mereka. Ini bermaksud tugas seorang pendakwah  dan penasihat adalah memberikan yang terbaik dalam dakwah dan nasihat tersebut.
Namun jika dakwah dan nasihat mereka tidak diendahkan, ia tidak lagi menjadi tanggungjawab kepada si pendakwah dan penasihat  tadi.
Kenapa tidak berkesan?
Imam Ibn al-Jawzy r.h. dalam kitabnya Shayd al-Khatir menyebut antara sebab nasihat itu tidak berkesan adalah:

Nasihat diberikan dengan keras seperti pukulan rotan, ia sakit namun apabila diangkat dari tempat yang dirotan kesakitan itu sirna.

Perhatian hanya diberikan ketika mendengar nasihat dalam majlis-majlis tertentu sehingga melahirkan kekhusyuk, keinsafan, keinsafan dan luluh hati mendengar nasihat-nasihat tersebut. Namun apabila keluar daripada majlis tersebut, keduniaan terus membawa kelalaian kepada insan.

Justeru dapat difahami bahawa nasihat yang terbaik sebagaimana yang Allah sarankan dalam ayat 125 , Surah al-Nahl di atas iaitu nasihat yang terbaik adalah nasihat dengan sebaik-baiknya dan lemah lembut (mau izatul hasanah)

Selain daripada itu, bagi mengekalkan momentum nasihat  seseorang itu perlu melazimkan majlis-maljis agama yang dimeriahkan dengan nasihat-nasihat daripada kalam Allah dan sabda Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment