Wednesday, September 30, 2015

Facebook tidak menggambarkan kehidupan sebenar kita



Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan sifu saya, Faisal Abdullah.
.
“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”
.
Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir "Kenapa hidup aku tak best macam orang lain?".
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!

Izzhar Nazri.
Pelajar Tahun Akhir,
Ijazah Sarjana Muda Psikologi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sumber: https://www.facebook.com/izzhar.nazri

Ku Mohon : Tuhan berikan aku CINTA




Bila tiba ketentuan,saat kita berada diakhir kehidupan.. 
Bernilaikah segala kemewahan??
Bernilaikah segala perhiasan??

Mungkin kita lupa, yang kita lahir didunia ini dalam keadaan jahil dan miskin..
Tanpa sebarang pengetahuan,
Tanpa secebis kain pun menutupi tubuh kita..

Lalu kita dikurniakan dngan pendengaran dan penglihatan, hati serta akal fikiran..
Untuk apa semua ini??
Supaya kita bersyukur..
Supaya kita bersyukur…
Supaya kita bersyukur…
Kita lupa yang kita lahir dari setitis air yang hina..
Kita sendiri yang rasa jijik dengannya..

“Bukankah kami menciptakan kamu dari air yang hina (mani)”
[Al Mursalat 77 : 20]

Beringatlah tentang hakikat diri..
Asal usul kita..
Jangan kita asyik mendongak ke awan..
Terlalu nak menggapai bintang dan bulan..
Sehingga kita lupa siapa Pencipta nya..

Ramai yang tak bernasib baik..
Ramai yang memerlukan pertolongan..
Tiada ibu ayah untuk mereka sandarkan kasih dan sayang..
Tak punya bumbung yang selesa tempat untuk berteduh hujan dan panas..
Tak punyai makanan yang cukup untuk mengisi perut yang kelaparan..
Bukan saja dari makanan..tak ada siapa yang membantu mereka ketika mereka diuji  dan diduga..

“ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan….”
[Al Baqarah 2 : 155]


Dan siapa kita utnuk menilai??
Bukalah mata,
Bukalah hati..
Bukankah cukup apa yang kita miliki sekarang??

Dekatkanlah diri.
Mohon supaya dilembutkan hati untuk merasai..
Dikurniakan jiwa untuk memahami..
Agar tersemat Wasatiah dan Qanaah ke dalam diri kita..
Ingatlah bahawa hati nyawa,jodoh,harta, rezeki, iman taqwa dan keihlasan…
Bukan milik kita…
Bukan dari kita…
Ianya milikMU Ya Rabb
Semuanya milik Allah..
Ianya dari MU Ya Rabb..

“Wahai Tuhan yang Esa, tak terdaya kami melainkan kmampuan yang sudi engkau pinjamkan. Tak terdetik rasa kecintaan melainkan engkau mengiinkan kami merasainya..Takkan termampu melainkan rahmat dan keampunan yang engkau curahkan kepada kami. Jadi aku mohon… Tuhan berikan aku cinta…”

“Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfaqkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infaqkan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..”
[Ali ‘Imran 3: 92]


By : Nzinnirah

















Tuesday, March 10, 2015

Seuntai Doa Buat Sahabat




“Ibu, rasanya semua dah siap kemas, InsyaAllah, bolehlah kita berangkat sekarang. Ayah pun dah tunggu dalam kereta tu”. Beritahu Rafiq pada orang tuanya.
Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang dilekatkan di sudut bacaan, ditinggalkan sahaja, agar dapat memberi manfaat kepada penghuni yang baru.
Ditatapinya buat kali terakhir. Bilik A-32; bilik yang menyimpan seribu satu kenangan. Diuji dengan pelbagai dugaan semata-mata untuk menjadi seorang daie, untuk meneruskan amanah dan perjuangan Baginda. Namun, dia sedar. Hidayah milik Allah. Dia hanya mampu melakukan yang terdaya, dalam usaha mentarbiah ahli-ahli biliknya.
Lidahnya basah dengan dakwah. Namun, mungkin sahaja dia yang bersalah. Mungkin sahaja method dakwahnya tidak berkesan. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam dirinya. Hanya doa yang akan mengiringi mereka selepas ini. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah.
Sudah 3 tahun Raqib menghuni bilik tersebut. Perasaan sayu bertandang di lubuk hatinya. Sedih. Kini, dia terpaksa meninggalkan bilik itu, kerana sudah tamat pengajian. Mungkin juga untuk selama-lamanya.
* Bertamu Sebuah Memori *
“Ayah, boleh tak, singgah surau? Raqib nak letak buku Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Dah lama rasanya buku ini bersama Raqib”. Pinta Raqib pada ayahnya.
Semoga ianya mampu membuka hati sesiapa sahaja yang membacanya, agar tidak pernah jemu dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dan islah sesama manusia. Tidak kira non-muslim atau muslim. Semoga bermanfaat. Itulah niat dan keikhlasan hatinya.
Dia teringat pesan Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda, “Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (hadis riwayat Tabrani)
Ayah tersenyum. Manis senyumannya. Dia memperlahankan kereta lalu membelok ke kiri menuju ke surau Al-Falah.
Raqib merenung sudut kiri di hadapan surau tersebut. Butir-butir kristal mula memenuhi kelopak matanya. Namun, ditahan juga, bak empangan yang menakung tadahan. Fikirannya mula terbang melewati episod-episod perjuangan bersama sahabat-sahabatnya. Di situlah tempat Raqib menjalinkan ukhwah bersama-sama sahabatnya. Banyak masanya dihabiskan di situ.
Semuanya terjalin kerana Allah. Daripada usrah, halaqoh, tazkirah, sehinggalah Majlis Ilmu, dan pelbagai lagi proses tarbiah dilakukan. Berat sekali hatinya untuk meninggalkan surau tersebut. Semuanya syabab yang dahagakan ilmu, yang sering meniti dibibir-bibir mereka dengan kalimah memuji kebesaran Rab.
Terlintas kata-kata gurunya sewaktu pengajian dulu.
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”(At-Taubah 9:18)
Sering sahaja mereka mengingatkan antara satu sama lain, tentang kelebihan solat berjemaah. Tidak dilupakan juga untuk mengejut sahabat-sahabat ke surau, terutamanya waktu Subuh. Zikir-zikir mengingati Allah juga tidak ketinggalan untuk mereka lafazkan sesama mereka. Solat dhuha, Solat tahajud. Semuanya dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, serta bimbingan sahabat-sahabat yang sentiasa memperingat antara satu sama lain. Penghayatan akidah juga ditekankan, agar hubungan mantap dengan Rab. Namun, segalanya hanya tinggal memori.
“Ya Allah, berilah kekuatan kepada sahabat-sahabatku, agar mereka sentiasa mampu mengingatiMu. Mungkin sahaja di sini, terdapat rakan-rakan yang mampu mengingatkan kami, satu sama lain. Namun, aku sedar, dugaan diluar lebih besar cabarannya. Teguhkan iman kami, supaya sentiasa berada dalam rahmat-Mu.” Bisiknya di dalamm hati.
Rafiq merenung jauh. Pandangannya melintasi perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat dan syuhada di dalam mengembangkan syiar Islam. Janggutnya mula dibasahi air mata yang bercucuran.
Raqib begitu risau akan sahabat-sahabat seperjuangannya. Mampukah mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, ketika mereka berada di dunia yang nyata, yang sudah semestinya penuh dengan pancaroba?
* Segalanya Berbeza *
“Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang…” Dia bermonolog.
Raqib mengerutkan dahinya. Istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
Tidak dinafikan, di mana-mana sahaja surau, pasti hanya akan dipenuhi oleh orang-orang tua sahaja. Adakah surau hanya menjadi tempat-tempat bagi hambaNya yang sudah berusia sahaja?
Segala bisikan syaitan tidak diendahkan. Raqib sentiasa perlu bermujahadah. Mungkin sahaja dia menjadi orang asing di dalam rumah Allah itu, kerana hanya dia sahaja anak muda didalamnya.
Sama juga keadaannya ketika waktu Subuh. Mampukah sahabat-sahabatku bermujahadah untuk berjemaah di surau? Mampukah mereka bangun tatkala manusia lain sedang enak dibuai mimpi, semata-mata untuk melakukan tahajud seperti dahulu? Mampukah mereka meluangkan sedikit sahaja masa untuk melakukan solat Dhuha, seperti juga di kolej dahulu?
Raqib sentiasa husnuzzon dengan sahabat-sahabatnya. Dia tawaduk, menadah tangan mengharapkan rahmat Allah. Hari-hari yang dilalui penuh dengan muhasabah.
“Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan.”
“Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa”. Panjang munajatnya memohon kepada Allah.
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” (Az-Zukhruf 43:67)
“Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang…” Dia bermonolog.
Rafiq menarik nafas perlahan. Kedengaran hembusan kecil dari mulutnya. Kemudian istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.

Hidayah Allah Melalui Perantaraan Insan




Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..” Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil.
     Dan.. Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas. Kisahnya bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia.. Allah pertemukan saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam. Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa hati saya. Kami jadi rapat & saya selesa berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya? Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat? Beliau seorang yang berilmu, mempunyai ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan beliau sangat berbeza. Dan.. Pertama kali dalam hidup saya selama 21 tahun saya rasa saya BERSAHABAT KERANA ALLAH. Tapi.. Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang.
     Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi. Macam-macam perasaan dalam hati saya ini. Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH. Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya. Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat. Saya cakap dengan diri saya sendiri “walaupun tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..”. Saya cuba fikir positif, mungkin Allah pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah. Saya kena bersyukur walaupun sedetik cuma.
     Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab.  Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah. Saya rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina(Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lg, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik, saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin. Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah. Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku. biarlah perasaan itu terbuku di hati. Saya selalu ingatkan diri saya tentang mati. andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat kelak? Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH.
Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya..
     Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini. Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati. Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan.. Allah akan hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu. Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah. Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain. Tapi saya berbeza. Allah pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia. Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa. Tapi ia mengajar kita kuat. Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur. Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati.
     Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini. Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa. “Siapa cakap sakit hati tiada ubat? Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH. Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”. Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’  tiada ubat? :)
     Saya redha dengan “KEHILANGAN” ini. Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya. saya redha. Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti. Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga. Terima kasih untuk segalanya, jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak membalasnya. Barakallahu Fik. :)
     Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri. Selama kita hidup, apa yang kita buat? Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah? Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur? Muhasabah diri itu perlu untuk menjadikan kita insan yang lebih baik. Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya. saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”.
     Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah. Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah? Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya. Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik. Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita org yang baik? Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara. Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya.
     Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah.. Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita. Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati! Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH.
HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER.
Daripada Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.” Sama-samalah kita renungkan…


Awak! Nikah Jom!





Perkongsian "Awak, Nikah Jom!" oleh Da'ie Izzhar Nazri

Apa itu nikah?
Nikah ialah bila kita jumpa org yg tepat, pd masa yg tepat dgn NIAT yg betul.

KENAPA PERLU NIKAH?
1. Mengelakkan maksiat
2. Sunnah Rasulullah SAW
3. Ladang pahala
4. Saham Akhirat (doa anak yg soleh)

ADA 5 KATEGORI MANUSIA:
1. Belum jumpa 'dia'
2. Sedang mencari 'dia'
3. Dah jumpa 'dia'
4. Dah nikah
5. Blur ??

Bagi yg BELUM JUMPA/SEDANG MENCARI, disini ada beberapa panduan. Moh kita tengok!
Kdg2 kita tertanya2, "Kenapa dia ada bf, aku takde? Tengok rupa, takde kurangnya aku. Tapi knapa tak muncul2 lagi si dia? Adakah Allah itu tidak adil?"
MasyaAllah. Nauzubillah. Bila kita cerita tentang adil, jgn tengok mknanya didlm Kamus Dewan, tetapi tgok pada kamus Tuhan. Apa adil dlm kamus Tuhan? "Meletakkan sesuatu pd tempatnya"
Allah SWT ad menyebut didlm AlQuran bhwa lelaki yg baik adlah utk perempuan yg baik, begitu juga sbaliknya. Apabila kita sering BERFIKIR,'kenapa aku tak jumpa2 lagi si dia ni?' maka kita scara TAK SENGAJA akn membanding2kan; 'aku ni orangnya biasa2 je, mesti aku akn dpt org yg biasa2 jugak'.

Ketahuilah shbt sekalian, Allah akan bersangka dgn sangkaan hambaNya. Jika kita bersangka begitu, maka TAK MUSTAHIL kita akn dpt org yg begitu. Maka, jika kita rasa diri kita biasa2, dan mahu mendapat suami/isteri yg lebih baik dari kita, kita perlu berusaha.

BAGAIMANA MAHU BERUSAHA?
1. Kita kena buat apa yg kita SUKA UTK DAPATKAN.
Cth: Jika kita nak suami/isteri yg jaga solat, kita dlu kena jaga solat.
2. Kita kena benar2 fhm konsep takdir (rukun iman ke6-percaya pd qada&qadar)
Takdir ada
dua:
a.takdir mubram(takdir yg tidak berubah-cth:Mati itu pasti)
b.takdir muallaq(takdir yg berubah mengikut usaha kita-cth:Jodoh)
Firman Allah sendiri ada mnyebut bhw Allah takkan ubah nasib ssuatu kaum itu jika mereka tidak ubah nasib mereka sendiri.
3.Perbaiki dan improve diri kita.
kenapa Allah masih tak datangkan 'dia'? Sbb Allah tahu kita belum mampu. Firman Allah dlm Surah AlBaqarah ayt 286 ad mnyebut bhwa Allah tidak akn memberati hambaNya dgn perkara yg hambaNya tidak mmpu. Allah tahu kita blum mmpu utk memikul tggungjwb sbg suami/isteri. Sayang tak Allah pada kita? Maka kerana itu, improve diri supaya mmpu.
4. Doa
Allah berfirman didlm AlQuran;"Berdoalah kpdKu, nescaya akan Aku kabulkan". Berdoalah secara detail, mintalah apa shja. Come on, Allah Tuhan kita kan? Jgn malu, jgn SOMBONG.
5.Lazimkan Istikharah
Ada org bertnya;"sy dah istikharah, knapa tak jumpa2 lagi?" atau "sy dah jumpa, dah istikharah, tapi masih xsure.knapa ya?"
Kesilapan kita apabila beristikharah adlh kita terlalu bgantung pd mimpi. Bila kita istikharah, apa tnda2 itu ptunjuk kita?
a.Bila kita nk buat kputusan ke arah itu, hati menjadi tenang, urusan jd mudah
b.bila kita berurusan dgn 'dia', perasaan tak berkecamuk, dia tak serabutkn kpala kita dgn bnda2 remeh.

DAH JUMPA, TAPI...
Apa yg kita nk buat bila dah jumpa 'dia'?
1. Utk lelaki, jika memilih utk meluahkan, maka dah jadi tanggungjwb utk dia segerakan pernikahan. Minta jumpa ayh/wali 'dia' utk meminta izin bernikah. Jika memilih utk berdiam, gunakan org tengah (yg boleh dipercayai&berautoriti cthnya ibubapa/pensyarah) utk meluahkan hasrat.
2.utk perempuan, bila lelaki dah luahkan perasaan, jgn jual mahal tetapi jgn jual murah. Ingat, lelaki yg benar2 SERIUS akn BERANI berjumpa dgn ayh/wali kita utk meminta izin bernikah.
3. Jika ternyata suka sama suka, masa inilah kita perlu mula MENJAGA. Bukan menjaga dgn call tanya dah mkn ke belum, tp MENJAGA HUBUNGAN BERLANDASKAH SYARIAH.
Adakah mksud disini tidak boleh contact langsung? Boleh, dgn syarat ianya satu KEPERLUAN, bukan ALASAN.

Disini kita perlu tahu, mengapa COUPLE itu dilarang? Dari sudut psikologi, ada satu konsep dinamakan LAW OF SIMILARITY. Apabila seseorg itu sukakan seseorg yg lain, he/she tends to follow the person they like. Cth tak prnah2 nk pkai baju pink tiba2 keluar dating pkai bju pink sbb gf dia suka. Disini telah timbul satu sikap kepura-puraan atau hipokrit, atau bahasa perlinya, FAKING GOOD. Diulang, FAKING GOOD.

Jadi macam mana utk bernikah?
5 persiapan ke arah nikah:
1. Persiapkan roh( jaga hubungan dgn Allah, tunaikan hak2 Allah cth jaga solat)
2. Persiapkan emosi (faham bhwa lelaki dan perempuan diciptakan sgt berbeza)
3.persiapkan fizikal(jaga kesihatan dan kecantikan diri)
4.persiapkan akal(belajar selok belok pernikahan, tanggungjwb suami/isteri)
5.persiapkan ekonomi(rancang kewangan, adakan simpanan)

KESIMPULAN
Hadis Rasulullah SAW ada menyebut bhwa wanita itu dinikahi krana 4 perkara:kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya.Pilihlah 'dia' krana agamanya, nescaya hidup kamu akan bahagia.

Jika kita cintakan dia kerana harta, harta itu akn habis.
Jika kita cintakan dia kerana kecantikannya, ketahuilah kecantikkan itu akan pudar
Jika kita cintakan dia kerana agama yg ada padanya, ketahuilah Allah SWT akan menjaga kamu dan dia.

Berjayanya seseorang itu bukan kerana dia dapat bernikah dgn pilihannya, tetapi kejayaan itu diukur apabila dia dapat memimpin org yg dicintainya ke Syurga.

Share. Sebarkan bahagia